Monday, January 25, 2010

Ukhwah...

Salam kembali

Sekembalinya aku a.k.a wak jan rumah no 45. untuk mengupdatekan blog taman meru makmur2 nih... sekembalinya aku dari Port Dickson pada ahad petang tuh, selain dari melepas rindu pada anak2 dan isteri, dah tentunya dendam sepak raga yg sekarang ni hanya dpt ditunaikan setiap petang sabtu dan ahad...

dalam jam 5.30 aku nampak dah si deen usya gelanggang kot2 dah ade org.. memang dah adat.. sebagai ajak sukan sure dia kene pantau aktiviti bersukan kat taman tuh kan.. so last2 deen gak la yang jemput net dan bola yg dah ada pada brader nizam a.k.a abg posmen.... aku sempatla tlg si deen pasang then sementara tunggu brader rosli bendahari dgn yg lain2 dtg.. aku dah siap2 timang2 menimang la kan.. sampailah brader mat son dtg... pergh itujam memang tak sabo dah nk melibas.. then dtg plak brader umah paling hujung (sori lupa nama)..

then bermulalah episod pertarungan.. so ni ade la sikit2 gambo utk aku updatekan tapi tak bolehla banyak2.. next time kita bubuh lagi k..
Add Image
aku a.k.a wak jan baju hitam adidas bersama brader Mat Som (serba putih) dgn brader umah no 66 (sori lupa nama)




Team Posmen (nizam baju kuning) dgn Deen (org bujang - berselipar) dgn brader umah 61 (sori lupa nama gak!)



Team kuat petang tuh, brader Rosli sbg tekong, Pengerusi a.k.a Ust sbg killer dan Nizam Posman sbg tukang angkat


Gaya killer kampung (deen) berselipar jepon kekekeke...

Ni plak antara penonton yang hadir, baju hitam (boy) anak brader tukang masak sementara yang bermisai lebat tuh Mat Evo a.k.a Setiausaha Taman a.k.a adik ipo aku la...

Selepas aktiviti memimang eh! silap, menimang serta melibas kilas tuh.. terpaksa dihentikan walhal tgh betul2 bersemangat tuh, tapi disebabkan hujan rahmat dah turun.. so baliklah kerumah masing2... so malam tuh seperti dijanjikan. aku bersama abg bomba dan mat evo meneruskan aktiviti bancian atau senang kata dtg kerumah2 wanted yang masih belum kasi maklum balas setuju atau tidak pemasangan pagar dan adakan pengawal keselamatan berbaya. dimana sebulah rumah perlu membayar RM20 sebulan untuk upah pengawal dan kalau ada duit lebih bolehlah dijadikan sbg duit khairat jika ade kematian ataumusibah serta if ada lebih gak.. boleh la dijadikan modal utk beli peralatan kenduri kendara.. contoh mcm periuk dan kuali besar.

dah penat update nih. harap2 sedara2 atau brader2 yang ade info tuh silakan lah update dgn nama pengguna dan kata kunci untuk login... kalau tak tau. dtg umah aku no 45. aku bagi dgn percuma. tapi tenet kene carila kan.. sapa ade wireles kongsi2 la ye.. wewewewe

sekian, next time sambung k

Saturday, January 23, 2010

Sepak Raga Dalam Kenangan

Salam kembali.

Apelah citer dan kabanya penduduk Taman Meru Makmur 2 di penghujugn bulan januari 2010 ni ye.. semua mcm sibuk menguruskan kehidupan masing2 je.. almaklumlah, kebanyakkannya masih boleh dikatakan sibuk menguruskan persekolahan anak2, baik di sekolah rendah, menengah, agama dan juga tak kurangnya yg diasrama.. waktu ni la kalau nk tengok mak bapak atau penjaga sibuk kuar pagi dab petang tuk hantar serta jemput anak2 balik skolah.

mane yg mak bapaknya keje, jawabnye anak2 tu kenelah di transitkan ke rumah2 seperti rumah kak wati orang umah brader Rafi kita.. ni salah sorang orang kuat taman kita, kalau dengar kecoh2 org menukang dikala bulan mengambang malam2 hari tu dia lah tu.. bersama Brader Nasir dan konco2 nya seperti Brader Hanafi dan juga Abg long kita kot.. Brader Misnon, hmm itu otai2 taman meru makmur rasanya.. sbb diaorang tu boleh dikategorikan kuat menukang atau senang kata keja2 penaiktarafan rumah dibuat secara sendiri...

Nak dijadikan cerita.. serba sedikit yang aku tau, minggu ni dah dekat masuk seminggu lebih kot.. dimana adik beradik bujang deen dan wan berkampugn di melaka.. katanye tgh buat bancian penduduk tentang nkbangunkan 1 pasaraya la kot. kalau nk tau lebih terperinci maka dipersilakan tany apada kedua org bujang tuh..

aku plak tgh berrumah di Casa Rachado Port Dickson, sbb ade latihan bengkel pembangunan bahan kursus, melibatkan pensyarah2 dari UiTM. tak lama la sangat.. pergi jumaat balik ahad... so insyaallah petang ahad kul 6.00 dpt la kot melibas bola takraw lagi..

sementara tu sudah tentunya hari ni petang nih, En.Rosli a.k.a abg bomba bersama teman karibnya brader posmen akan terajui hangat perlawanan sepak raga... sure sidi dijemput sbg tukang libas.. UST a.k.a pengerusi taman sure dah panas betis sbb tak sabo nk melipat bila mane tengok aku melipat minggu lepas.. jgn disangka pendek2 sampai jugak...

sementara tekong handalan kita abg misnon yg boleh dikatakan tukang angkat paling lemah lembut la gitu.. bol asetting baik punye.. kalau dpt kat sidi sure pecah lantai sebelah.. huhu.. tapi jgn dilupa brader rosli a.k.a bendahari kita, memang kidal selalu.. agar sukar dibaca bola hantarnnya.. tapi jgn takut selalu sangkut net.. huhu.. tang lelain tuh belum nampak tajinya yang kebiasaan dikaki ayam tapi maybe ade taring yg tersembunyi.. bak kata brader posmen "acik dio" itulah perkataan yang selalu aku dengar bila tiap kali dia jumpa brader evo a.k.a adik ipo aku.. sebelah umah aku.. yang selalu alarm keta dia bunyi.. close the door.. alarm is activated.. kehkehkeh.. itulahbahan yg selalu dia kena...

aku nk citer hal kaum ibu di taman aku pun tak tau sangat.. tapi kalau bab adekan kenduri atau majlis2 besar ke kecik ke sedang2 atau suam2 kuku.. selamba jek 4-5 jenis kuih atau masakan terhidang.. memang hebat2 belaka kalau masak.. manelah tak sehat2 belaka para kaum bapa.. pendek kata tak lari abg ye kak... huhu..

aku paling suka bila aktifnye jiran setaman serta masyarakat taman nih, kalau sorang tu buat keja pasti tak sunyilah dari jiran2 sebelah dtg menolong, takyah jemput.. buat kecih sikit jek terus dtg.. konpem heboh.. then kalau dah kumpul tuh mulalah bergurau senda dah mcm adik beradik atau kawan lama.. takkisahla yg dah pangkat atok, pakcik, abg atau adik.. semua sama level.. tapi tiket yang utama kat taman ni ialah bermasyarakat... senang kata kuar rumah bercampur jiran2.. kalau tidak sunyi gak la korang dari jiran2... kalau takcaye.. contohnye waktu aku mengamok tebas rumput semak belakang umah.. dgn niat nk lapangkan siki tkawsan semak samun tuh dari jadi sarang ular atau ape2 je lakan.. terus diikuti aktiviti mengamok tu oleh abg bomba dan semua2 la yang senang kata blok sebaris rumah baru.. sori ha blok sebaris umah lama tak de tanah nk ditanamdah.. sbb rata2 blok rumah lama lebat duit.. semua dah pakat sambung tanah belakang buat dapur.. betul tak.. masyuk tuh..

so kontraktor paling femes kat situ tentulah brader nasir, brader rafi dgn hanafi. Sementara Brader tengku kita sibuk uruskan projek mega rumah atas buatan kayu2 cengal tahap keras batu tuh, diaorang nih sibuk uruskan projek2 kecik mcm anjung umah depan atau pun dapur, selain itu ade la gak buat benda2 lain...

dan paling syok bila mana kadang2 area depan umah brader bomba dgn aku atau budak evo jadi port lepak.. bukan lepak budak muda tapi brader2 dewasa.. kalau dari kul 10 mlm dah mula. memula tu akan kuarkan kerusi ke luar pagar, then diikuti tikar mengkuang atau plastik, sudahnye dtg air 1 jag baik sejuk atau panas.. konpem lebih dari kul 12 tgh malam.. itu pun kadang tak sudah2.. sbb ape kalau balik awal jek sure jadi bahan gelak.. tapi semua dah kebal.. takde suara bini panggil pun buat2 jawab " ha! ape" ye ye abg balik ni.. padehal berkain tuh.. konpem la balik awal malam ni ade ole2 kot.. ntahla aku pn tak pasti.. pada aku. kalau dah ngantuk dan topk cerita tak hangat baik tarik diri dlu.. lagipun diaoran gni punye semangat sembang bukan kira esok harinya nk kerja.. belasah gak.. pernah tu ahad malamisnin pun lepak.. kan sah2 pagi senin tu nk keja.. konpem sunggul je muka.. mcm ade anak kecik plak nk dibuat susu malam2.. padehal sembang tak hingat dunia.. tapi semua tu best kawan2.. itulah namanya masyarakat taman.. yg majmuk dan harmoni.. cuma belum menang apa2 anugerah jek...

oklah banyak dah aku sembang kan ni.. walaupun jauh dari family dan kawan2 setaman aku tetap ingat gak mereka di sana.. so salam muhibah selamat jumpa lagi..

update by : zan No.45

Tuesday, January 19, 2010

Tahun Dua Ribu Sembilan Dalam Kenangan 2010 menjelang


Salam Kembali...

Sebagai pembuka cerita, aku sebagai wakil pengupdate info secara solo berirama, dengan senang hati memperkenalkan diri dengan nama jolokan WaqZan, tapi jiran sebelah umah aku En.Rosli a.k.a Abg Bomba suka panggil aku Z, satu nama yang begitu asing dalam hidup aku dan dialah orang pertama yang panggil aku begitu, aku tak kisah orang/kawan/jiran panggil aku apa. Asalkan dalam IC aku tetap tak berubah dengan nama MOHD ASMIZAN BIN MAZLAN... huhu aku berumah di teratak yg same je kale nye ddengan rumah-rumah yang lain di No.45.. tu sebelah tu ade link ke website warga setaman. so ok stop info aku sikit..

Jadi, kali ni aku just nk cerita kisah2 yang terjadi sepanjang tahun 2009 (aku sengaja bubuh tajuk blog kali ni dalam bentuk ejaan berbanding angka/nombor semata-mata. Kalau ada jiran-jiran atau senang citer pengerusi lama taman iaitu En.Rezuan yang lebih tau segala aktiviti secara tepat dan padat bolehlah beri maklum balas atau update sendiri blog pada masa akan datang..

Disini adalah beberapa agenda/aktiviti/majlis yang telah terlaksana pada tahun 2009

1) April 2009 - Penduduk Taman blok baru sebaris (Wak Zainal) mula dapat kunci dan boleh pindah masuk.

2) Gotong Royong kali ke-2 (tak tau tarikh)

3) September 2009 - Majlis Jamuan Hari Raya Taman

4) November 2009 - Majlis Kurban (Wak Zainal) Sempena Raya Haji

5) Disember 2009 - Majlis Kenduri Kawin Anak Wak Zainal

6) Jan 2010 - Majlis BBQ setaman anjuran Wak Zainal

. wak padi tengah golek-golek kan udang

. Pak ali tengah meng' agih-agihkan ikan haruan untuk kaum bapa


Itu je rasanya info yang aku tau.. jadi diharap ada info terbaru yang boleh dimasukkan untuk tatapan mata semu apenduduk taman dalam blog yang tidak seberapanya ini.. insyaallah

Monday, January 18, 2010

Salam Muhibbah

Assalamualaikum..

Dibawah payung kurniaan Allah S.W.T.. dapatlah saya menyiapkan laman blog atau laman cerita serta kisah2 Taman Meru Makmur 2 yang secara tidak rasminya pada hari ini 18 Januari 2010 setelah lama berjanji mulut dengan abg, kakak dan kawan serta anak2 setaman sekalian..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat singgah (dalam bahasa jawa "mamper") sbb majoriti penduduk taman meru makmur 2 nih adalah boleh berbahasa jawa walaupun pelbagai keturunan ada.. Jadi amatlah dialu-alukan sekiranya ada kisah-kisah atau nukilan-nukilan atau sayugianya dilabel sebagai ngobrol (sembang) atau info terkini serta perkembangan masyarakat setaman.. Insyaallah Alhamdulillah... Amin...