Tuesday, February 23, 2010

IKLAN - Repair @ Upgrade PC

Muhammad Faizal bin Abdullah @ Chon
No.15 TMM2
Repair @ Upgrade PC
Troubleshoot Internet (Modem Configuration)

Bolehla menghubungi saya...Repairing & Upgrading mengikut harga barang di pasaran.

Monday, February 22, 2010

XTVX

Salam semua...

Nak jadikan cerita... pagi ahad 21 Feb 2010. Tengah syok2 aku jogging dekat kawasan jajahan TMM2, aku disapa oleh Deen.. aku ingat apelah hal seriusnya muka dia waktu tuh.. rupanya dimaklumkan pengerusi kita dah tanya team2 ajk sukan tuk adakan sedikit aktiviti beriadah/sukan/sukaneka setaman..

alhamdulillah, lepas aku habiskan seround larian. aku, deen, asura dgn brader umah no 17 kot duk kat pondok dpn umah nizam posmen.. hmm dtg la lagi beberapa brader2 setaman yang lain.. Yang berbahagia Pak Ali pun ada sama.. tapi kes ni yang pentingnya ajk sukan dpt la berkumpul sama utk meriahkan agenda pebincangan yang diusulkan..

so dalam sejam gak kot duk ngobrol2 tuh dptlah hasilnya perbincangan tuh dalam beberapa perkara.. antaranya Tarikh sukaneka, Jenis sukaneka, Peralatan, Hal keselamatan, Hal makan, Hadiah dan mcm2 lagilah.. dtg idea pun dari 4-5 kepala teman setaman. so kalau nanti 5/3 ada meeting senator2 setaman sure lagi manyak itu idea.. so tunggu n lihat je la kan..

petang tuh ada gak aktiviti bermain takraw yang aku sendiri tak dpt hadiri. sedia maklum aku menghadiri majlis pengkebumian sepupu belah bini aku. so insyaallah akan dtg akan lebih bersemangat utk bersukan..

Dimaklumkan disini.. adalah digalakkan bagi setiap warga TMM2 untuk turut sama bersukan/bersenam hari sabtu,ahad pagi & petang. dimana pagi sabtu dan ahad tu bolehla kita jogging bersama. di sebelah petang pula bolehlah bertakraw atau bagi kaum hawanya dgn aktiviti selainnya..

Brosli sure ajak kita ke Setia alam. sana track siap sedia cun, anak2 pun boleh main kat taman permainan. tapi sblm mula yang jauh baik mulakan dari yang dekat. secara tidak langsugn dpt la kita lebih kenali atau isikan masa dgn ukhwah yang berkat.

Wassalam.. Hidup Sehat Masyarakat Hebat!...

Friday, February 19, 2010

iklan - PA System & Karaoke

PA SYSTEM & KARAOKE UTK DISEWA
- Kenduri kawin
- Doa selamat / harijadi
- Ceramah / Seminar

Karaoke digital laptop (x guna CD)
Deejay / Liveband juga disediakan jika ada permintaan

Sewa serendah RM50 (PA System), RM100 (PA & Karaoke)
Istimewa utk warga TMM2 sahaja.

Hubungi Brader Rosli 013-333 1984 atau
datang sendiri ke rumah no.35

Wednesday, February 17, 2010

Kisah gotong royong

Walawei.... wewewewewe... assalamualaikum semua...

Pagi tadi update pasal kerja.. so ni waktu rehat aku kat opis aku gunalah sebaik mungkin.. dimana ada sedara kita nih.. telah emailkan pada aku gambo2 kenangan ye.. bukan konangan.. konangan tu lebih kurang kepada "kantoi" kot.. istilah jawanye...

so gambo kenangan nih agak lawo la dimana ada effect blur yang sedia ada kat komputer tuh atau telah diubah suai dgn software photoshop sendiri atau ape2 je la software yg ada la nih.. tapi tengok dari nasil fokus gambo tang tengah jer terang selebihnya kusap.. so adelah difahamkan ianya effect datang dari kamera tu sendiri.. lawo2... esok2 ada duit lebih bleh buat rakaman video terus .. bleh aku jadikan bahan tayangan perdana TMM2 akan dtg.. best woo...

so diantar akalian rakan tuh.. komen2 la ape yg patut kat bawah nih.. ade ruangan perkataan komen bwah nih.. bubuh jek lah ye.. pls dong kang... udah sunyi blog nih..

so ni antara gambo yang ader ye...


Mcm biasa, permulaan XTVT gtg ryg dimulakan dgn taman permainan belakang


Ni bukan kes mengulo' tapi team cat tiang pagar depan TMM2.. kelihatan Tengku dgn Brader Rafi dan ?


Apa plak yg jatuh tu!... sedapnya makan...


Eceh.. mcm mendayung sampan plak.. kalau mcm ni punye tekun.. kalah DBKL


Pergh! kalau dah setiausaha a.k.a Mat Evo buat kerja. Tak hingat kereta dah...


Zul berbaju biru, Nuar belakangkan kamera dan Abg si Deen. Rehat check point utk santapan...


Apalah yang ditenung Pok Li tuh... jgn2 tgh jampi serapah kot, tapi gaye cekak pinggang dah bleh kalahkan Pramugari MAS


Pergh! ni sure Radix punye penangan nih! Cikgu jgn terlibat cikgu!


Tengku duk tolak kereta sorong... banyak hasil nampak.. asyik layan kayu jati je.. sekali sekala layan rumput jati ye tak..


Menara singgah Tenku!.. anai2 pun takut nak git2 itu kayu daaa...


Brader Zuan, bermotor buat rondaan pastikan anak buah buat Check point makan..


Pengerusi kita a.k.a ust mempengerusikan santapan sblm memulakan kerja kot.


Brader hensem kita! tegukan maut setelah penat melongkang


Ha yang nih kalau tak tau.. tanya pengerusi ye...

kilije kosong..

Salam 1 malaysia kawan2..

Aku nk ucapkan " selamat tahun baru cina " dan nk iklankan sikit keja kosong kat UiTM.. so silalah layari web site http://www.uitm.edu.my cari kat job vacancy. kalau tak dpt gak kasi kol sama aku 03-55435783 atau 012 350 9804..

Thursday, February 11, 2010

info terkini...

Salam...

Adalah dengan ini, kepada penduduk2 TMM2 sekitar kawasan kejiranan rumah 45. dijemput sekiranya terdesak atau masa perlu utk menggunakan sesuatu peralatan, sebagai contohnya nk pinjam hammer atau apa2 je la yang nk dipinjam. sila lah datang kerumah.. jangan malu2 atau segan. kalau nak mintak tolong bergotong royong pun silalah jemput aku.. insyaallah kalau tiada aral melintang, dengan suka relanya aku dtg membantu.. kalau tak kasi tau mcm mane nak tau dan nak bantukan..

dan kalau memerlukan sedikit bahan masakan seperti daun pandan, daun kunyit, serai dan juga cili.. dan daun kari... silalah dtg mintak.. insyaallah ada.. boleh la buat masak.. kalau buat kenduri tu tak ckupla kan.. tanam pun bukan 1 ekar tapi 1 pasu jek.. hehehe... apepun silakan.. saling berukhwah.. wassalam

Wednesday, February 10, 2010

sejarah

Salam semua. Untuk makluman. sekiranya ada apa2 berita atau komen serta cadangan bolehlah ajukan atau masuk sendiri website blog TMM2 kita nih.. dan buatla cerita sendiri.

sempena perayaan Tahun Baru Cina nih, aku wase perlu ada tolak ansur dan saling ambil tahu antara kita. lebih-lebih lagi kalau ada jiran sebelah rumah atau depan rumah balik kampugn bercuti agak lama. kalau kita tak kemana-mana. harap2 kita tolong2 la jenguk2kan keadaan sekitar rumah dan kawasan sekelilingnya la kan.. kot2 terusya lain mcm jek cpt2 la kasi tau jiran lain atau hubungi je jiran kita tuh tanya apa2 sebarang kemuskilan yang ada..

Diharap saudara setiausaha a.k.a Mat Evo cepat2 edarkan senarai nama dan no talipon setiap rumah dan lebih cantik lagi kita boleh dapatkan gambo muka setiap ketua keluarga tuk dipaparkan dalam blog nih. bukan nk femes tapi utk mudah kenal.

dan akhir sekali aku wase. mohon kerjasama atau bantuan dari kawan2 semua. aku nk maklumat detail mengenai TMM2 ni. kalau ada gambo asal usul wujud taman kita nih. kiranya sejak di tambak tanah. kira senang citer sejarah la kan.. tarikh2 hari lahir kawasan TMM2 ni.. so best sikit kalau org len lawat laman nih..

so selamat bercuti di raya cina nih.. dan berhati2 dijalan raya.. mana yang tak bercuti tuh jgn dibiarkan gelanggang takraw ketandusan. kalau nk rasa libasan tuh sudi2lah turun minggu hadapan sabtu dan ahad petang 20 & 21 haribulan... wassalam

Monday, February 8, 2010

KUTIPAN RM20 BERMULA MAC 2010

Mesyuarat AJK Taman bil 2/2010 telah diadakan pada 5hb Feb yang lalu bertempat di rumah Tn Pengerusi pukul 9.00 malam.

Mesyuarat telah memutuskan bahawa kutipan bulanan sebanyak RM20 akan mula dikutip mulai Mac 2010.

Agen Kutipan :

Blok Ganjil No 1 hingga 35 - Brader Nizam Posmen ( Rumah No.23 )
Blok Ganjil No 37 hingga 65 - Abang Rusli Bomba ( Rumah No.47 )
Blok Genap No 2 hingga 22 - Abang Ali ( Rumah No.6 )
Blok Genap No 24 hingga 50 - Abang Redzwan ( Rumah No.24 )
Blok Genap No 52 hingga 66 - Tn Pengerusi ( Rumah No.60 )

Tempoh Bayaran : Mulai 1hb hingga 10hb setiap bulan (Serah sendiri ke rumah Agen)
Sekiranya bayaran tidak dibuat selepas 10hb, agen akan bertandang
ke rumah anda.

Sukacita dimaklumkan kutipan ini adalah untuk kos pembinaan pondok pengawal dengan pagar keselamatan dan kos upah pengawal keselamatan. Baki (sekiranya ada) akan digunakan untuk program taman yang lain.

Diharap semua warga taman samada penduduk tetap mahupun menyewa dapat memberi komitmen penuh terhadap semua program taman yang dijalankan demi kebaikan semua warga taman.

Giannya main takraw..wallawey!

Mana tak gian...punya la bersemangat nak main hari sabtu..tepat pukul 6ptg hujan selebat2 nya. Kelam kabut brader deen yang baru nk pasang net blah dengan kembar dia.

Hari Ahad cuaca amat baik. Pukul 6 ptg kelibat brader deen, bro nizam posmen, bro rosli bendahari dan tn pengerusi taman pun kelihatan. Sebelum diorang ni sampai...anak2 warga taman dah terlebih dulu conquer court main bola.

Lepas tu abang ali pun datang dengan lenggang kangkung. Rumah dekat la katakan..disusuli dengan brader misnon. Cukup korum..game pun start.

Regu bertukar ganti dengan kehadiran beberapa orang lagi warga taman memeriahkan suasana sama ada join main atau sekadar tengok.

Diorang berenti sebelum maghrib kedengaran. Yang pasti..main takraw petang tu memberi kepuasan kepada diorang..

Tuesday, February 2, 2010

Bulan baru & promosi laman blog

1 feb...sudah masuk bulan baru bagi tahun 2010. Bagi warga taman yg bekerja di KL dan Putrajaya pastinya mengambil peluang ini utk berehat kerana cuti Hari Wilayah.

Tidak banyak program pada hujung minggu lepas...melainkan acara wajib main takraw pada petang sabtu dan ahad.

Ahad pagi...nampak kelibat Brader Nizam posmen 'berjogging' keliling taman dengan anak kecil beliau sambil memasukkan risalah promosi blog taman kita ni ke dalam peti surat. Kalau dah namanya pun posmen...itu je lah kerjanya pun.

Tujuan Brader Nizam ni satu je....untuk memaklumkan kepada semua warga TMM2 supaya mereka tahu tentang wujudnya laman blog istimewa ini. Terima kasih kepada blogger Wak Jan atas inisiafif beliau.