Tuesday, March 23, 2010

Gotong Royong TMM2

Salam kembali semua..

Berikut adalah XTVT kemasyarakatan yang dari masa ke masa menjadi xtvt rutin bagi semua PTMM2, ianye untuk menjadikan taman kita dan kawasan kejiranan perumahan dan penempatan kita kekal bersih dan selamat serta sehat didiami.

berikut adalah maklumat yg disertakan:-

Perkara : Gotong Royong membersihkan kawasan TMM2
Tarikh : 28 Mac 2010
Hari : Ahad
Masa : 08.00 Pagi hingga 12.00 Tghari
Pakaian : Bebas
Peralatan : Hanya bekas sampah dibekalkan. cangkul/parang & sbgnya sila bawa
sbg kemudahan bersama.
Tempat
berkumpul : Pondok bebas cukai (depan rumah zam posmen)
Tambahan : Adalah dialu-alukan bagi yang ingin memberikan juadah sarapan
(kuih muih & sbg nya)

Diharap semua saudara dan saudari dapat makluman ini sepertimana yang telah diposkan di peti surat masing2. Sekian, wassalam

Sekitar Hari Kenduri Rumah No.3

Salam.. Disebabkan aku tak bawak info nama tuan rumah no .3 jadi aku just update gambo2 sbg kenangan la ye... huhu





Monday, March 15, 2010

Raja libas..

Ahlan wasahlan..

Apalah citer hangat2 TMM2 lani ye...

hai.. gamaknye yang selalu diperkatakan tiap kali dikala tersua wajah dikalangan rakan2 TMM2, maka kalau tak kisah takraw, bonzai, projek mega kayu tengku, dan bumbung parking keta ala kayu, zink atau seadanya la kan.. tapi tak sah kalau hari sabtu dan ahad tu disudahi dgn keringat jantan sewaktu rejaman kilasan padu dari paka2 kilas, tekong dan fider kite..

aku selalu mencuba dan usaha utk jadi yg terbaik. dah nama pun jawatan kuasa ajk sukan. Biasanya Deen la yg akan turun dlu. semangat kesukanan. kalau diasah lagi skil putaran servis skrew dia tuh. aku wase mau tanggal buku lali. tapi nasib baik kadang2 dia jadi feder. cuma maybe dah sekian lama tak digunakan kaki tuh.maka berat gak langkah sekali sekala.. tapi kalau waktu terdesak bola2 yang susah tu. naik aje..

mcm petang sabtu dan ahad smlm la. walaupun masing2 perut dah kenyang kerana makan tghari kat umah No3. diselangi malam tu gak ade kenduri.. libas tetap libas. memula tu sedih je la kan. kul 6 hujan renyai2 lagi. tapi berkat taman meru makmur la kan. hujan benti gelanggang kering. aku dgn deen berpartnerkan anak2 cikgu, bro rafi dan jiran dpn umah, pun jadilah. asalkan ckup korum 3 x 3.. sempat gak 2 game. knon2 jadi jurulatih la..

so bila brader umah 66 dah sampai, diikuti sahar, kemudian tu brader ali, si panjang 2 org umah 11 dgn umah kedua hujung, sampai plak si "come" bro mat som kita. konpem la mantap.. cuma yg tak syoknye nizam sampai lambat, brsoli plak duk kuar dgn org umah dia.. hmm so dgn 9 org yg ade maka ada 3 team power la kan..

aku dahtak berapa ingat la sapa lawan sapa, tapi aku kalah diawal2 permainnan, sampailah aku dpt jadi killer yg zam posmen setkan bola. dia je kot yg faham bola aku mcmmane. tapi semua org main boleh kata sma pandai sma terrer. cuma ade tu lebih2 sikitlah skilnye. timangan yg baik dan hantaran yg tepat. aku sendiri lebelkan diri aku sbg tak power langsung. masih peringkat belajo. huhu

so kepuasan bermain takraw bersama kawan tu setiap sabtu dan ahad amat2 la ditagih. harap2 kawan TMM2 jgn la sampai nk dijemptu baru dtg ke belakang main takraw. kalau takde sapa mian. amik je net dan bola kat umah abg rosli bomba 47 atau waqzan 45. danm jgn plak dah jam 7 baru dtg. dtg la awal sikit jam 6 ptg ke. baru puas main banyak game.. yg tak puas hati pun bleh repeat... apepun sambung len kali. aku dah lab kursus nih.. curi masa.. marah fasi..wassalam

Friday, March 12, 2010

Kenduri di rumah no.3

Mungkin ramai warga TMM2 telah menerima jemputan kenduri doa selamat dari tuan rumah no.3 beberapa hari lepas. Hadir la beramai2 memeriahkan majlis mereka.

Tarikh : 14 mac (Ahad)
Masa : Makan2 - 12th hingga 5ptg
Doa selamat - 8mlm
Tempat : Rumah no.3

Jumpa anda di sana...

Monday, March 8, 2010

Sidang Mesyuarat Lima Mac Dua Ribu Sepuloh

Assalamualaikum...

Alkisahnya persidangan mesyuarat Tertutup PPTMM2 telah berlansungnya pada Jumaat malam sabtu di Dewan Kondangan Saudara Pengerusi kita tepat jam 9 mlm. Atas sedikit kesulitan ianya dapat dilangsungkan pada jam 9.30 dengan kehadiran seramai 12 orang.

Topik yang dibentangkan adalah

1) Kutipan RM20 untuk membuat pagar dan pembayarn upah 'pengawal keselamatan'
2) Gotong Royong Bil.3 bagi tahun 2010

Hal-hal lain,

1) Sukaneka / Hari keluarga TMM2 (Tarikh dipersetujui 1/5/2010)

Berikut adalah detik2 kenangan mesyuarat berkenaan


Mcm biasalah, sblm mula mesyuarat kene isi perut dulu. Nampak si Brosli tgh kayuh pinggan...


Nampak si Badang (asura) tgh bengtangkan kertas projek


Yang ni jgn salah faham, lain tak bukan itu ketua biro2 wanita, takde kena mengena dgn ust kita.. huhu


Aku pun nk interframe gak..


Mcm borang nikah jek! eh jgn salah faham, ni minit mesyuarat yang lepas daaaa!


Pok li duk kayuh juga, brosli,Nazri dgn Pengerusi kita duk sengeh-sengeh

Alhamdulillah, syukur mesyuarat malam tu berjaya dicapai dan selesai pada jam 10.30 malam dan tinggal perlaksanaannya je belum tercapai. Harap kerjasama bersama penduduk rakan taulan TMM2 sekalian untuk menjayakan apa yang telah dirancangkan. Insyaallah.

Friday, March 5, 2010

Mesyuarat J/Kuasa PPTMM2 Bil 3/2010

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk TMM2 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 5 Mac 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Rumah No.60
Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat bil.2/2010
3. Laporan kedudukan kewangan - Bendahari
4. Laporan Ketua Biro
5. Hal-hal lain

Semua AJK PPTMM2 dijemput hadir.

Thursday, March 4, 2010

Al-Fatihah

Dimaklumkan bahawa ayahanda kepada Ketua Biro Hal Ehwal Wanita, Pn Siti Nurlizawati telah meninggal dunia pada awal pagi tadi di rumahnya di Jalan Khamis.

Salam takziah kepada keluarga Pn Siti Nurlizawati dan En Rafie serta al-fatihah buat ayahanda mereka dari Warga TMM2.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan orang2 yang soleh.