Friday, April 23, 2010

Projek Pondok Pengawal - Fasa 1


Salam semua....
Hujung minggu lepas bermulalah projek mega TMM2 iaitu projek menyiapkan pondok pengawal. Projek kali ni dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1...membuat tembok hiasan di sebelah kiri dan kanan jalan.

Bahan mentah seperti pasir, simen dan bata telah dibeli oleh En. Nasir pada hari sabtu setelah mendapat peruntukan daripada Tuan Bendahari (gambar atas..hehe). Pada sebelah petang bermula kerja membuat foundation oleh En. Nasir dibantu oleh wak padi dan beberapa warga taman.

Mengikut plan asal...kerja akan disambung pada waktu malam (sejuk sikit katanyee..), tapi hujan lebat telah menyebabkannya ditangguh. Jadi..terpaksalah ditangguh hingga esok paginya.





Pak Ali tengah fikir apa nak tanam kt dalam tu...

Bersambung pagi ahad...ramai yang hadir sama ada tolong...ataupun tolong tengok. Kerja memasang bata selesai sebelum zuhur. Makanan di sponsor oleh Wak Rafi dan isteri. Ramai yang mencuba sos nenas, jem nenas dan jus nenas keluaran Bonda Wak Rafi.


Sesuai la dengan saiz badan brader asura ni..
Supervisor diimport khas....
Tukang...... tengok. hehe
Designed by En. Nasir

Begini la rupa bila dh siap..

Projek akan bersambung minggu ini untuk sesi plaster pulak.








Tuesday, April 20, 2010

testing upload

salam. Semua. Just nk try update guna phone wifi. Hari ni aku kursus indesign kt ilqam. Opis si mat som. Mgu lpas aku ke felda tekamnya residence jaga kursus. Akn dtg ke klntan. Bln 5 ke srawak. Smua hal kursus. Bila la nk main takraw ni. Kwn2 ade tak yg berhajat tuk main bdminton malam hari

Sunday, April 18, 2010

SEKITAR GOTONG-ROYONG TMM2

Sesi gotong-royong TMM2 telah berlangsung pada 28 Mac yang lalu. Sesi bermula seawal 7.30 pagi dengan warga TMM2 berkumpul di pondok dan bersarapan.

Makan dulu...


Sebaik kenyang...gotong royong dimulakan dengan taklimat pengerusi. Gotong-rotong kali ini lebih berat kepada membersih kawasan pagar taman permainan di bahagian belakang taman selain membersih longkang dan memotong rumput.


Oleh kerana ramai yang melibatkan diri..sesi kali tamat lebih awal. Semua warga taman berkumpul semula pada waktu tengahari untuk makan tengahari. Makanan kali ini disediakan oleh AJK Hal Ehwak Wanita PPTMM2.


Terima kasih kepada semua yang terlibat.







Thursday, April 15, 2010

SUKANeka PPTMM2

Assalamualaikum..

Disini, aku mewakili AJK sukan yang ada, mohon kerjasama dari rakan2 ajak yang lain sekiranya pernah ada pengalaman menganjurkan sukan atau buat kertas kerja serta kira2bajet kewangan berkaitan sukaneka, sila berikan maklumat terperinci kepada pihak AJK sukan yang masih mentah dalam hal2 berkaitan.

Terima kasih

Tuesday, April 13, 2010

PROJEK POSTGUARD

Projek untuk membina pagar dan pondok keselamatan dijangka akan dijalankan dalam bulan April. Mesyuarat JK PPTMM2 yang lalu telah memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat kontraktor memandangkan kos yang dikenakan terlalu tinggi.

Pengerusi PPTMM2, En. Hairol Zaman mencadangkan agar pagar & pondok keselamatan dibina dengan menggunakan kepakaran warga taman sendiri. Ini dapat mengurangkan kos selain membeli sendiri bahan mentah yang diperlukan.

AJK Keselamatan & Kebajikan akan mengetuai projek ini yang dijangka akan siap pada penghujung Bulan April ini.