Thursday, March 14, 2013

Majlis Ramah Mesra & Silaturrahim TMM2 2013

Jawatankuasa TMM2 baru-baru ini telah mengadakan majlis ramah mesra dan silaturrahim pada 2 Mac 2013. Program yang diadakan di perkarangan rumah no.35 ini bertujuan untuk merapatkan hubungan kejiranan di antara warga TMM2. Sesi rewang bermula seawal 8.30pagi dengan para ibu dan bapa berkumpul di khemah bergotong-royong menyediakan bahan memasak.
Pengerusi sedang berbincang mengenai kos penganjuran majlis
 Seperti biasa, ahli rewang akan dijamu dengan makanan sarapan pagi seperti bihun goreng dan kuih muih. Selepas itu mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing. Menu makan tengahari adalah tomyam ayam dengan nasi putih.
Sesi rewang berehat seketika selepas makan dan bersambung selepas asar dimana sesi masak-memasak berlangsung. Antara menu yang dimasak ialah Ayam gorang berempah, Gulai nenas ikan masin, sambal udang selain nasi putih.


Antara para ibu yang hadir


Antara yang hadir

Antara yang makan..

Chef Watie mengajar cara goreng rempah..
Chef Watie sedang mengajar cara siang udang..



Chef Watie menyinsing lengan untuk memarahi sesiapa yang makan dulu..
Program waktu malam bermula pada pukul 9.00 dengan  bacaan doa oleh Sdr. Anas. Disusuli dengan ucapan pengerusi yang memperkenalkan ahli jawatankuasa baru TMM2 dan membentangkan penyata kira-kira wang tunai 2012. Selepas makan, warga TMM2 disajikan dengan tazkirah oleh Ustaz Hairolzaman bertajuk Silaturrahim dalam pandangan Islam.
Program tamat jam 11 malam selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar kepada anak-anak warga TMM2.

Hasil tazkirah Ustaz Hairol merapatkan lagi silaturahim antara warga TMM2