Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN AL'MUBARAK

Salam ramadhan..

Selamat berpuasa kepada semua teman2 setaman MM2.. diharapkan agar bulan baik dan hari baik ni daptla sekiranya kita warga setaman MM2 meleraikan segala kekusutan dan memulihkan hubugan persaudaraan yang sekian lama menyepi..

alkisahnya sebelum tibanya bukan ramadhan ni ada beberapa aktiviti yang telah kita sama2 warga taman lalui tetapi tiada nukilan atau update dibuat.. jadi oleh itu bolehla kiranya aku mewakilkan segala suara2 utk menceritakannya.

1) pada bulan 7 adanya aktiviti menonton world cup di rumah brader rafi, dgn layar putih kain 'kapan' sapa la ye' dibekalkan dgn projektor milik brosli. pergh memang superb.. kadang2 kain tu senget layar boal pun senget la.. kalau dah seget separuh masa kedu abaru leh edjust.. tapi sayang.. final masing2 tengok kat rumah.. sbb cuaca agak berangin dan hujan renyai menyebabkan kawasan tontonan kureng meriah..

2) dipertengah bulan 7 ada aktiviti ber BBQ. direncanakan oleh AJK biro wanita TMM2, dilangsungkan dirumah brader rafi gak. disokong oleh isteri beliau iaitu kak wati.. very sporting dan masak sedap. so sesuai sangat la kat rumah dia tuh.. meriah tak hingat sampai licin segala juadah BBQ malam tuh.

3) lagi seminggu nk mula posa. adelah sedikit kegilaan warga suami di TMM2 ni. mcm sempat je habiskan liga badminton. so bila dah undi tu kenelah turun main kan.. tapi nk buat mcmmana. masing2 ade aktiviti dikala malam hari so mane yg sempat main tu dpt la habiskan setakat jumpa 5-6 team dari Kumpulan A, B dan C. Kesemua jumlah pemain adalah 22 org dan jadi 11 team badminton.. undian tampak adil tapi ade gak peluang2 nak jadi juara bila terkena undian dgn pasangan yg agak terer. huhu. Alhamdulilah kata sepakat telah diambil dari jumlah perlawanan liga badminton tersebut. pasangan Abg Misnon dan Cikgu Anas hanya seri sekali dan menang selainnya menjadikan jumlahnya 16 mata keseluruhan diikuti pasangan Hadi dan Zaid 15 mata keseluruhan. Oleh itu liga badminton dianggap habis dan akan bermula liga yang baru tahun berikutnya. insyaallah

4) la ni masing2 sibuk bekerja dan balik rumah hanya sempat sediakan juadah berbuka dan siap berbuka tak lama nk ke surau atau masjid untuk berjemaah sunat terawih. oleh itu adalah diharapkan rakan2 lain sekiranya ada gamba sebagai kenangan apepun jua xtvt taman dpt dirimkan ke email saya untuk diupdatekan.. asmizan@gmail.com

sekian terima kasih sebagai lanjutan sila rujuk pengerusi taman di rumah no 60..