Thursday, March 14, 2013

Majlis Ramah Mesra & Silaturrahim TMM2 2013

Jawatankuasa TMM2 baru-baru ini telah mengadakan majlis ramah mesra dan silaturrahim pada 2 Mac 2013. Program yang diadakan di perkarangan rumah no.35 ini bertujuan untuk merapatkan hubungan kejiranan di antara warga TMM2. Sesi rewang bermula seawal 8.30pagi dengan para ibu dan bapa berkumpul di khemah bergotong-royong menyediakan bahan memasak.
Pengerusi sedang berbincang mengenai kos penganjuran majlis
 Seperti biasa, ahli rewang akan dijamu dengan makanan sarapan pagi seperti bihun goreng dan kuih muih. Selepas itu mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing. Menu makan tengahari adalah tomyam ayam dengan nasi putih.
Sesi rewang berehat seketika selepas makan dan bersambung selepas asar dimana sesi masak-memasak berlangsung. Antara menu yang dimasak ialah Ayam gorang berempah, Gulai nenas ikan masin, sambal udang selain nasi putih.


Antara para ibu yang hadir


Antara yang hadir

Antara yang makan..

Chef Watie mengajar cara goreng rempah..
Chef Watie sedang mengajar cara siang udang..



Chef Watie menyinsing lengan untuk memarahi sesiapa yang makan dulu..
Program waktu malam bermula pada pukul 9.00 dengan  bacaan doa oleh Sdr. Anas. Disusuli dengan ucapan pengerusi yang memperkenalkan ahli jawatankuasa baru TMM2 dan membentangkan penyata kira-kira wang tunai 2012. Selepas makan, warga TMM2 disajikan dengan tazkirah oleh Ustaz Hairolzaman bertajuk Silaturrahim dalam pandangan Islam.
Program tamat jam 11 malam selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar kepada anak-anak warga TMM2.

Hasil tazkirah Ustaz Hairol merapatkan lagi silaturahim antara warga TMM2

Wednesday, February 27, 2013

TMM2 Kidz Club Idam Kejuaraan


MERU - Pasukan TMM2 Kidz Club baru sahaja diwujudkan, tetapi telah mengidamkan satu kejuaraan pada tahun ini. Pengurus pasukannya, Sdr Rizalman berkata anak-anak warga taman yang rata-rata berumur di antara 8 tahun hingga 13 tahun sangat berbakat dan memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan.
"Saya sedang mencari beberapa pasukan di sekitar Meru untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengetahu keupayaan sebenar pasukan ini" kata Rizalman semasa ditemubual ketika beliau sedang melepak di hadapan rumah beliau sambil menghisap rokok.


Anak-anak warga TMM2 sedang melakukan warm-up.
Pasukan TMM2 Kidz Club menjalani latihan pada setiap hujung minggu dengan 11 orang pelatih. Rizalman berkata beliau mengalu-alukan sokongan ibubapa menghantar anak mereka berlatih. Memandangkan latihan yang diberikan adalah secara percuma, fasiliti latihan adalah terhad. Dana amat diperlukan oleh pasukan ini memandangkan untuk menyertai pertandingan di sekitan Pekan Meru memerlukan peruntukan yang cukup. 
Sekiranya warga TMM2 ingin menghulurkan sumbangan kepada pasukan TMM2 Kidz Club ini bolehlah berhubung terus kepada Sdr. Rizalman di Rumah No.1. - BERnoNAMA 

Tuesday, February 26, 2013

PENDAFTARAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MERU MAKMUR2

Syukur kepada ALLAH kerana mengurniakan hari yang indah.

Permohonan menubuhkan Persatuan Penduduk Taman Meru Makmur 2, Jalan Kasban 5/KU8 telah berjaya dihantar pada 25 Februari 2013. Permohonan telah dikemukakan oleh Bendahari Jawatankuasa Penaja, Sdr. Rosli Bin Badron yang telah mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Wisma MBSA, Shah Alam.

Di dalam permohonan tersebut, telah didaftarkan Jawatankuasa Penaja seperti berikut:-
1. En. Ali Bin Mohamad - Pengerusi
2. En. Zaidi Zainal - Timb. Pengerusi
3. En. Mushidi Tompang - Setiausaha
4. En. Abd Hadi Milok - Pen. Setiausaha
5. En. Rosli Badron - Bendahari
6. En. Rezuan Abd Kadir - AJK
7. En. Asura Siran - AJK

ROS akan menyemak permohonan sebelum diberi kelulusan seterusnya didaftarkan sebagai persatuan penduduk yang sah. Kita tunggu bersama-sama....

Friday, February 15, 2013

Khairat Kematian Masjid Nurul Jannah

Jawatankuasa TMM2 di dalam mesyuarat bil.1/2013 telah memutuskan untuk membayar khairat kematian masjid Nurul Jannah menggunakan peruntukan taman. Walaubagaimanapun, hanya penduduk yang membayar penuh yuran taman 2012 sahaja yang akan mendapat manfaat ini.

Oleh itu, bagi penduduk yang masih belum menjelaskan baki yuran 2012 diminta berbuat demikian dengan kadar segera bagi memboleh nama disenaraikan di dalam khairat kematian masjid Nurul Jannah.

Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari atau Penolong Bendahari.

Sekian - BENDAHARI

Wednesday, January 30, 2013

2013 - TAHUN BARU WAJAH BARU

Tahun 2012 berlalu dengan seribu kenangan, tahun baru muncul dengan sejuta harapan. Begitulah juga harapan saya dan semua warga TMM2.

Harapan 1
Barisan baru J/K TMM2 bagi tahun 2013 baru-baru ini telah dilantik melalui mesyuarat yang telah diadakan di perkarangan rumah No.35 pada 24 Januari lalu. Kemasukan beberapa muka baru ke dalam Jawatankuasa pasti dapat memberikan idea2 segar untuk kesejahteraan taman.

Harapan 2
Cadangan penubuhan Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan ROS. Sekiranya berjalan lancar persatuan ini akan menjadi persatuan berdaftar dalam tahun 2013.

Harapan 3
Diharap lebih banyak program taman pada tahun ini dan lebih meriah dari tahun sebelumnya.

dan banyak lagi harapan yang tidak dapat dituliskan disini.

Selamat tahun baru 2013 kepada semua warga TMM2.