Thursday, August 7, 2014

Ramadhan datang lagi..

Aktiviti Julai 2014 - Bubur Lambuk

Ramadhan datang lagi....seperti biasa program masak-memasak dibuat sebagai buah tangan PPTMM2 buat warganya. Kali ini menu bubur lambuk dipilih sebagai juadah yang diagihkan kepada seluruh penduduk TMM2 serta kariah Masjid Nurul Jannah. Inilah wajah-wajah kesayangan TMM2...






Monday, July 21, 2014

SEKITAR CERAMAH MAULIDURRASUL 2014

Masjid Nurul Jannah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Meru Makmur 2 telah menganjurkan Ceramah Perdana sempena sambutan Maulidurrasul pada 25 Januari yang lalu.

Lokasi ceramah adalah di perkarangan jalan masuk TMM2. Lebih 300 kariah masjid dan penduduk sekitar datang ke majlis ini. ADUN Meru, YB Dr Abdul Rani juga turut hadir mengikuti majlis ini.

Penghargaan kepada warga TMM2 yang menyumbang tenaga bagi melancarkan majlis.




 

AKTIVITI JANUARI 2014

JANUARI 14 - GOTONG - ROYONG PERDANA TMM2

Gotong-royong perdana sempena menjadi tuan rumah Ceramah Maulidurrasul Anjuran Masjid Nurul Jannah. Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir.













Thursday, March 13, 2014

Selamat Tinggal 2013 & Selamat Datang 2014

Memang dah terlewat sangat entry kali nih untuk menyatakan Selamat Tinggal 2013 & Selamat Datang 2014.

Tapi update punye pasal, so terima je la ye.

Alhamdulillah setahun lagi (2014) insyaallah TMM2 akan berkembang pesat dengan anak2 hehe dan paling utama adalah keakraban dan keramah tamahan hidup saling toleransi sesama penduduk taman.

Antara Peristiwa yang berlaku di 3 bulan pertama 2014 ini ialah: 

1) Akhir bulan 1 diadakan Gotong Royong awal tahun sempena menyambut 2014 dan mempersiapkan kawasan majlis ceramah

2) Pada Awal bulan 2, satu ceramah ehwal islam sempena majlis Maulid Nabi telah diadakan dengan jayanya - menjemput 2 panel penceramah - Sumbangan & rewang masak bagi meriahkan majlis

3) Pada akhir bulan 2 tempoh hari berlangsungnya majlis taman iaitu majlis pembubaran dan perlantikan AJK TMM2 yang baru. Alhamdulillah ianya berjaya.

4) Pada awal bulan 3 pula,  berlangsungnya  majlis kesyukuran sempena keberangkatan Abg Ghani dan Kak Siti bagi menunaikan Umrah di Tanah Suci Kota Mekah.

itu je kot.. ada lelain?