Tuesday, March 6, 2018

Mesyuarat Agong Tahunan TMM2 2018

Mesyuarat agong tahunan telah diadakan pada 11/2/2018 yg lalu bertempat di perkarangan rumah no. 37 dengan hampir 2/3 penduduk TMM2 hadir pada mesyuarat kali ini. 
   Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dan doa oleh Tuan Pengerusi,  Ustaz Hairol Zaman Ishat seterusnya membentangkan laporan aktiviti dan kewangan Persatuan serta membubarkan ahli jawatankuasa sesi 2016-2017.
   Pemilihan jawatankuasa baru sesi 2018-2019 telah dijalankan menyaksikan Sdr.  Shazali dipilih menjadi pengerusi yg baru dan akan dibantu oleh Sdr Rosli (Setiausaha) serta Pn. Salina (Bendahari) .
   Terdahulu,  majlis penyerahan geran persatuan penduduk telah diadakan yang disempurnakan oleh Wakil JKKP Meru,  Sdr.  Khairul Anuar.