Saturday, February 25, 2012

Baju TMM2

Sedia untuk diagihkan.....yg hijau untuk kaum bapa...yg biru utk kaum ibu..
Siap dengan alamat blog....promosi la kiranya..
Model sambilan memperagakan baju baru TMM2


Khas buat warga tmm2 yang membayar penuh yuran taman 2011. Baju taman telah siap dan sedia untuk diedarkan dalam masa terdekat. Nanti boleh la pakai masa kenduri rumah sdr nasir.

Wednesday, February 22, 2012

salam semua

test blog by waqzan

Thursday, February 16, 2012

AWAS! waspadalah dengan kecurian di taman kita



Salam muhibah semua warga TMM@, diharapkan agar perkara ini diambil berat dan sama2 lah kit amembanteras gejala kurang senonoh (curi/rompak/pecah umah) yang sedang melanda kawasan kita..

Kalau dulu kita dengar kawasan rumah2 kejiranan kita (taman sebelah kanan atau kiri) la ni dah makin menular di kawasan jiran saudara ita sendiri.. (dalam hati ckp.. kalaulah dapat manusia yang buat aniaya kes curi nih memang kene 2-3 das pukulan maut kot)..

so ni ada 2 gambo sbg bukti kes cubaan pecah umah.. ianya bukan lakonan atau latihan kecurian atau hanya sbg gimik semata2.. tapi ianya kisah benar dan harus diambil tindakan segera..

cadangan saya:
1) Tukarlah shif jaga dari pada cuma hari siang kepada malam.
2) kalau boleh gunakan teknik shif seperti keje kilang (seminggu siang seminggu malam)
3) kita dah kene mula bermuafakat untuk berjag amalam dan meronda sekali sekala mengikut giliran.
4) sistem kunci palan gmemang dah kene buat. (dari dlu hanya ckp2 nk buat kunci dan mangga palang tapi sampai la ni gak habuk pun takde)
5) jang disangka taman yang tenang takde pencuri masuk...

Friday, February 10, 2012

mesyuarat majlis akikah anak nasir & wan





salam sejahtera,

dikesempatan ini, penduduk tman meru makmur 2 hadir utk memeriahkan majlis mesyuarat akikah anak saudara nasir dan wan, majlis dijangka berlangsung pd 10 & 11 mac 2012.

Tuesday, January 10, 2012

TAHUN BARU 2012 & MESYUARAT TAHUNAN

Salam kepada semua warga taman.....

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua warga TMM2.

Tahun baru dengan azam baru, Jawatakuasa TMM2 juga berwajah baru. Pada penghujung bulan Disember 2011 telah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan TMM2 seterusnya melantik AJK baru bagi tahun 2012.

Sesi pemilihan AJK bagi sesi 2012 berjalan lancar dengan En. Ali Muhammad (Pak Ali) dilantik sebagai Pengerusi ke-4 dan En. Zaidee menjadi timbalan pengerusi.

Saudara Murshidi kekal sebagai Setiausaha manakala Sdr. Rosli dipilih menjadi Bendahari buat tahun ketiga berturut-turut. Lain-lain perlantikan membabitkan muka lama dan baru yang bakal mewarnai program/aktiviti bagi tahun 2012.

Kepada semua yang dipilih, selamat menjalankan tugas yang amanahkan dengan baik dan penuh komitmen.

Antara penduduk yang hadir
Kaum wanita juga tidak ketinggalan...
Apa yang disembangkan tu brader Asura......
En. Ali mempengerusikan mesyuarat..
Sesi...makan2. Kelihatan Sdr. Fazli dan Cikgu Azman sedang asyik menikmati juadah..

jangan tikam belakang ye Wan..


Makan lagi...
Anak-anak penduduk taman tidak ketinggalan...