Wednesday, February 27, 2013

TMM2 Kidz Club Idam Kejuaraan


MERU - Pasukan TMM2 Kidz Club baru sahaja diwujudkan, tetapi telah mengidamkan satu kejuaraan pada tahun ini. Pengurus pasukannya, Sdr Rizalman berkata anak-anak warga taman yang rata-rata berumur di antara 8 tahun hingga 13 tahun sangat berbakat dan memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan.
"Saya sedang mencari beberapa pasukan di sekitar Meru untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengetahu keupayaan sebenar pasukan ini" kata Rizalman semasa ditemubual ketika beliau sedang melepak di hadapan rumah beliau sambil menghisap rokok.


Anak-anak warga TMM2 sedang melakukan warm-up.
Pasukan TMM2 Kidz Club menjalani latihan pada setiap hujung minggu dengan 11 orang pelatih. Rizalman berkata beliau mengalu-alukan sokongan ibubapa menghantar anak mereka berlatih. Memandangkan latihan yang diberikan adalah secara percuma, fasiliti latihan adalah terhad. Dana amat diperlukan oleh pasukan ini memandangkan untuk menyertai pertandingan di sekitan Pekan Meru memerlukan peruntukan yang cukup. 
Sekiranya warga TMM2 ingin menghulurkan sumbangan kepada pasukan TMM2 Kidz Club ini bolehlah berhubung terus kepada Sdr. Rizalman di Rumah No.1. - BERnoNAMA 

Tuesday, February 26, 2013

PENDAFTARAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MERU MAKMUR2

Syukur kepada ALLAH kerana mengurniakan hari yang indah.

Permohonan menubuhkan Persatuan Penduduk Taman Meru Makmur 2, Jalan Kasban 5/KU8 telah berjaya dihantar pada 25 Februari 2013. Permohonan telah dikemukakan oleh Bendahari Jawatankuasa Penaja, Sdr. Rosli Bin Badron yang telah mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Wisma MBSA, Shah Alam.

Di dalam permohonan tersebut, telah didaftarkan Jawatankuasa Penaja seperti berikut:-
1. En. Ali Bin Mohamad - Pengerusi
2. En. Zaidi Zainal - Timb. Pengerusi
3. En. Mushidi Tompang - Setiausaha
4. En. Abd Hadi Milok - Pen. Setiausaha
5. En. Rosli Badron - Bendahari
6. En. Rezuan Abd Kadir - AJK
7. En. Asura Siran - AJK

ROS akan menyemak permohonan sebelum diberi kelulusan seterusnya didaftarkan sebagai persatuan penduduk yang sah. Kita tunggu bersama-sama....

Friday, February 15, 2013

Khairat Kematian Masjid Nurul Jannah

Jawatankuasa TMM2 di dalam mesyuarat bil.1/2013 telah memutuskan untuk membayar khairat kematian masjid Nurul Jannah menggunakan peruntukan taman. Walaubagaimanapun, hanya penduduk yang membayar penuh yuran taman 2012 sahaja yang akan mendapat manfaat ini.

Oleh itu, bagi penduduk yang masih belum menjelaskan baki yuran 2012 diminta berbuat demikian dengan kadar segera bagi memboleh nama disenaraikan di dalam khairat kematian masjid Nurul Jannah.

Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari atau Penolong Bendahari.

Sekian - BENDAHARI