Tuesday, January 10, 2012

TAHUN BARU 2012 & MESYUARAT TAHUNAN

Salam kepada semua warga taman.....

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua warga TMM2.

Tahun baru dengan azam baru, Jawatakuasa TMM2 juga berwajah baru. Pada penghujung bulan Disember 2011 telah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan TMM2 seterusnya melantik AJK baru bagi tahun 2012.

Sesi pemilihan AJK bagi sesi 2012 berjalan lancar dengan En. Ali Muhammad (Pak Ali) dilantik sebagai Pengerusi ke-4 dan En. Zaidee menjadi timbalan pengerusi.

Saudara Murshidi kekal sebagai Setiausaha manakala Sdr. Rosli dipilih menjadi Bendahari buat tahun ketiga berturut-turut. Lain-lain perlantikan membabitkan muka lama dan baru yang bakal mewarnai program/aktiviti bagi tahun 2012.

Kepada semua yang dipilih, selamat menjalankan tugas yang amanahkan dengan baik dan penuh komitmen.

Antara penduduk yang hadir
Kaum wanita juga tidak ketinggalan...
Apa yang disembangkan tu brader Asura......
En. Ali mempengerusikan mesyuarat..
Sesi...makan2. Kelihatan Sdr. Fazli dan Cikgu Azman sedang asyik menikmati juadah..

jangan tikam belakang ye Wan..


Makan lagi...
Anak-anak penduduk taman tidak ketinggalan...

Wednesday, December 14, 2011

MESYUARAT TAHUNAN TMM2











Dimaklumkan bahawa mesyuarat tahunan TMM2 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 16 Disember 2011, (Jumaat)
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Perkarangan rumah No.36

Agenda:
1. Pembentangan aktiviti TMM2 2011
2. Pembentangan laporan kewangan 2011
3. Pemilihan AJK baru TMM2 2012

Semua dijemput hadir. Jamuan ringan disediakan semasa mesyuarat.
DATANG JANGAN TAK DATANG....

Tuesday, November 22, 2011

Aktiviti selepas Raya

Alhamdulillah selepas majlis menyambut Ramadhan Almubarak, disusuli pula majlis Sambutan Hari Raya taman. Dikesempatan majlis sambutan hari raya tahun 2011. Warga taman diserikan dengan majlis mengacau dodol beramai2. Tak taulah kalau ramai yang tengok je.. huhu. Sedikit kemalangan melibatkan titisan dodol ditangan WAQZAN rumah no 45 yang kekal hingga ke hari ini. Selepas itu warga TMM2 meneruskan agenda kemasyarakatan dengan mesyuarat bilangan yg ke 8/9 2011.

Kemeriahan kemasyarakatan di tambah lagi dengan majlis perkahwinan anak pengerusi taman pada 23 Oktober 2011. Majlis yang gilang menilang berjalan dengan lancar dimulai seawal 2 minggu sblm majlis persandingan. Terima kasih diucapkan kepada setiap warga taman yang menyumbangkan keringat dan kudrat dimajlis tersebut. Setinggi2 tahniah diucapkan kepada pengantin baru Zureen dan pasangannya, begitu juga kpd Abg Rosli dan Kak Fairuz yang telah menerima menantu.

Seterusnya pada 20 november 2011. Masyarakat taman dikerah sekali lagi untuk memeriahkan majlis berkhatan dan sambutan ulang tahun perkahwinan keluarga EN.Rafi dan Kak Wati. Majlis tersebut diserikan dgn aktiviti rewang dari siang ke malam dan malam ke siang dialunkan dgn riuh rendah gemersik marhaban, karoke dan cendol. Tidak lupa pula aktiviti mengacau dodol 2 kawah sempena majlis berkenaan.

Sehari sblm majlis berlangsung warga taman dikejutkan dgn kematian atuk kepada saudara shahril (ustaz kecil) dan kemalangan adik angah (anak cikgu & Kak tim) sama2lah kita mendoakan yg terbaik utk mereka..

dan tidak dilupa agenda terkini lagi sensasi menjadi gilaan ramai pada malam keramat kemenangan harimau muda yang membaham garuda patah sayap... almaklumlah warga taman semakin sepakat membawa berkat.. maka dengan keizinan en.rafi juga isteri memasang tirai kain putih lalu dipancarkan siaran astro live dari stadium bung karno..dan pada malam tersebut terjadilah riuh rendah para bapa, ibu2 dan anak2 memeriahkan acara yang berjalan selama 2 jam. pada 45 minat permainan kedudukan 1-1. pada separuh masa kedua pula 2 gol indonesia dinafikan pengadil begitu juga dengan 1 gol malaysia yang telah dikatakan offside..

perlawanan membawa ke minit2 tambahan dan masa tambahan sebanyak 30 minit diberikan. dan akhirnya penentuan melalui sepak penalti diberikan.. alhamdulillah kemenangan berpihak kepada malaysia dengan jumlah gol 4-3 setelah sepakan penalti dibuat.. kelihatan wak pani telah berlalu pergi dengan 2 pengikut tegar iaitu rumah ber no 45 dan 43.. huhu


Sunday, August 14, 2011

sebelum tibanya ramadhan



Adalah sedikit tatapan sebagai tanda ingatan kemasyarakatan TMM2






















Wednesday, August 10, 2011

HATI-HATI MEMBELI LAUK BAZAR RAMADAN

Salam ramadhan semua warga TMM2.

Luluh hati rasanya apabila mengetahui seorang kanak-kanak meninggal dunia kerana berbuka puasa dengan lauk bazar ramadan. Lebih sedih lagi bila diketahui tragedi itu berlaku di Meru. Artikel di bawah ini adalah sebagai iktibar kepada semua warga TMM2 agar lebih berhati-hati membeli makanan di bazar ramadan. Bukan tak bagi beli langsung ye....cuma berhati-hatilah terutama makanan yang basi, tidak masak dan expired. Kalau dah tau makanan yang dibeli tu tak masak atau basi....janganlah terus dimakan. Buangkan saja...mungkin makanan itu bukan rezeki kita. Wallahualam....


"Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.
Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.
Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.
Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas.
Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu manakala pihak hospital tidak dapat dihubungi." SUMBER - UTUSAN

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN & PROGRAM TAHLIL





SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA TMM2.....
Pada masa artikel ni ditulis...sudah 5 hari umat Islam berpuasa. Suasana di taman kita sangat tenang..buat masa ini. Ye lah...masih awal puasa...mercun pun x jual lagi..haha.
Sehari menjelang ramadhan....warga TMM2 telah mengadakan program tahlil sempena menyambut ramadhan pada kali ini iaitu pada hari Sabtu 30 Julai 2011 bertempat di perkarangan rumah pengerusi TMM2, Sdr. Rusli Abu.
Program dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan yasin dan tahlil. Sebaik tamat tahlil, sesi diteruskan dengan tazkirah ramadhan oleh Ustaz Hairol Zaman dan diakhiri dengan sembahyang isyak berjamaah. Kemudiannya, semua warga yang hadir menjamu selera dengan menu masakan yang dimasak secara 'rewang' oleh warga tmm2 sendiri. Antara menunya adalah nasi putih, ayam goreng berempah, sambal udang dan nenas masak lemak ikan kering. (Fuhh...meleleh air liur..). Diserikan dengan air tebu yang ditanam dibelakang rumah Wan Hamidi, air cincau bandung, teh tarik dan kopi.
Disebelah petang sebelum program berkenaan...warga TMM2 yang berkelapangan bergotong-royong menyediakan makanan, mengemas khemah dan mempersiapkan kawasan solat. Terima kasih kepada semua yang datang rewang.
Terima kasih juga kepada semua warga TMM2 yang datang ke program tahlil tersebut.

Bilal Maghrib : Pak Ali
Bilal Isyak : Tn Hj Ismail
Imam/Tahlil/Tazkirah : Ustaz Hairol Zaman

Friday, July 29, 2011

Wan Hamidi Kemalangan

Warga TMM2 dimaklumkan baru-baru ini, seorang warga TMM2 telah terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Raja, Klang semasa beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Sehubungan dengan itu, J/Kuasa TMM2 diketuai oleh Ketua Biro Kebajikan, Sdr. Ridzuan telah meluangkan sedikit masa melawat Sdr. Wan Hamidi di KPJ Specialist Hospital, Sesyen 20 Shah Alam.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Sdr. Rosli (Bendahari), Cikgu Azman dan Pn Fatimah. J/Kuasa TMM2 turut menyumbangkan hamper berupa buah-buahan dan makanan kepada Sdr Wan Hamidi.


Dimaklumkankan juga terdapat warga taman yang datang melawat beliau secara berasingan pada waktu yang lain.Beginilah hidup di dalam kejiranan taman. Kita mengambil berat perihal taman....warga taman lain akan mengambil berat terhadap kita. Oleh itu sekiranya terdapat program-program taman...rajin-rajinlah kita mengambil bahagian. Sekiranya taman membuat kutipan...rajin-rajinlah membayar. Janganlah kita pentingkan diri sendiri....kelak kita menjadi orang asing di taman sendiri.

Terima kasih kepada warga TMM2 yang melawat Sdr. Wan Hamidi.