Aktiviti Julai 2014 - Bubur Lambuk
Ramadhan datang lagi....seperti biasa program masak-memasak dibuat sebagai buah tangan PPTMM2 buat warganya. Kali ini menu bubur lambuk dipilih sebagai juadah yang diagihkan kepada seluruh penduduk TMM2 serta kariah Masjid Nurul Jannah. Inilah wajah-wajah kesayangan TMM2...
Thursday, August 7, 2014
Monday, July 21, 2014
SEKITAR CERAMAH MAULIDURRASUL 2014
Masjid Nurul Jannah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Meru Makmur 2 telah menganjurkan Ceramah Perdana sempena sambutan Maulidurrasul pada 25 Januari yang lalu.
Lokasi ceramah adalah di perkarangan jalan masuk TMM2. Lebih 300 kariah masjid dan penduduk sekitar datang ke majlis ini. ADUN Meru, YB Dr Abdul Rani juga turut hadir mengikuti majlis ini.
Penghargaan kepada warga TMM2 yang menyumbang tenaga bagi melancarkan majlis.

AKTIVITI JANUARI 2014
JANUARI 14 - GOTONG - ROYONG PERDANA TMM2
Gotong-royong perdana sempena menjadi tuan rumah Ceramah Maulidurrasul Anjuran Masjid Nurul Jannah. Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir.
Gotong-royong perdana sempena menjadi tuan rumah Ceramah Maulidurrasul Anjuran Masjid Nurul Jannah. Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir.
Thursday, March 13, 2014
Selamat Tinggal 2013 & Selamat Datang 2014
Memang dah terlewat sangat entry kali nih untuk menyatakan Selamat Tinggal 2013 & Selamat Datang 2014.
Tapi update punye pasal, so terima je la ye.
Alhamdulillah setahun lagi (2014) insyaallah TMM2 akan berkembang pesat dengan anak2 hehe dan paling utama adalah keakraban dan keramah tamahan hidup saling toleransi sesama penduduk taman.
Antara Peristiwa yang berlaku di 3 bulan pertama 2014 ini ialah:
1) Akhir bulan 1 diadakan Gotong Royong awal tahun sempena menyambut 2014 dan mempersiapkan kawasan majlis ceramah
2) Pada Awal bulan 2, satu ceramah ehwal islam sempena majlis Maulid Nabi telah diadakan dengan jayanya - menjemput 2 panel penceramah - Sumbangan & rewang masak bagi meriahkan majlis
3) Pada akhir bulan 2 tempoh hari berlangsungnya majlis taman iaitu majlis pembubaran dan perlantikan AJK TMM2 yang baru. Alhamdulillah ianya berjaya.
4) Pada awal bulan 3 pula, berlangsungnya majlis kesyukuran sempena keberangkatan Abg Ghani dan Kak Siti bagi menunaikan Umrah di Tanah Suci Kota Mekah.
itu je kot.. ada lelain?

Thursday, March 14, 2013
Majlis Ramah Mesra & Silaturrahim TMM2 2013
Jawatankuasa TMM2 baru-baru ini telah mengadakan majlis ramah mesra dan silaturrahim pada 2 Mac 2013. Program yang diadakan di perkarangan rumah no.35 ini bertujuan untuk merapatkan hubungan kejiranan di antara warga TMM2. Sesi rewang bermula seawal 8.30pagi dengan para ibu dan bapa berkumpul di khemah bergotong-royong menyediakan bahan memasak.
![]() |
| Pengerusi sedang berbincang mengenai kos penganjuran majlis |
Seperti biasa, ahli rewang akan dijamu dengan makanan sarapan pagi seperti bihun goreng dan kuih muih. Selepas itu mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing. Menu makan tengahari adalah tomyam ayam dengan nasi putih.
Sesi rewang berehat seketika selepas makan dan bersambung selepas asar dimana sesi masak-memasak berlangsung. Antara menu yang dimasak ialah Ayam gorang berempah, Gulai nenas ikan masin, sambal udang selain nasi putih.
![]() |
| Antara para ibu yang hadir |
![]() |
| Antara yang hadir |
![]() |
| Antara yang makan.. |
![]() |
| Chef Watie mengajar cara goreng rempah.. |
![]() |
| Chef Watie sedang mengajar cara siang udang.. |
![]() |
| Chef Watie menyinsing lengan untuk memarahi sesiapa yang makan dulu.. |
Program waktu malam bermula pada pukul 9.00 dengan bacaan doa oleh Sdr. Anas. Disusuli dengan ucapan pengerusi yang memperkenalkan ahli jawatankuasa baru TMM2 dan membentangkan penyata kira-kira wang tunai 2012. Selepas makan, warga TMM2 disajikan dengan tazkirah oleh Ustaz Hairolzaman bertajuk Silaturrahim dalam pandangan Islam.
Program tamat jam 11 malam selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar kepada anak-anak warga TMM2.
![]() |
| Hasil tazkirah Ustaz Hairol merapatkan lagi silaturahim antara warga TMM2 |
Wednesday, February 27, 2013
TMM2 Kidz Club Idam Kejuaraan
MERU - Pasukan TMM2 Kidz Club baru sahaja diwujudkan, tetapi telah mengidamkan satu kejuaraan pada tahun ini. Pengurus pasukannya, Sdr Rizalman berkata anak-anak warga taman yang rata-rata berumur di antara 8 tahun hingga 13 tahun sangat berbakat dan memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan.
"Saya sedang mencari beberapa pasukan di sekitar Meru untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengetahu keupayaan sebenar pasukan ini" kata Rizalman semasa ditemubual ketika beliau sedang melepak di hadapan rumah beliau sambil menghisap rokok.
![]() |
| Anak-anak warga TMM2 sedang melakukan warm-up. |
Pasukan TMM2 Kidz Club menjalani latihan pada setiap hujung minggu dengan 11 orang pelatih. Rizalman berkata beliau mengalu-alukan sokongan ibubapa menghantar anak mereka berlatih. Memandangkan latihan yang diberikan adalah secara percuma, fasiliti latihan adalah terhad. Dana amat diperlukan oleh pasukan ini memandangkan untuk menyertai pertandingan di sekitan Pekan Meru memerlukan peruntukan yang cukup.
Sekiranya warga TMM2 ingin menghulurkan sumbangan kepada pasukan TMM2 Kidz Club ini bolehlah berhubung terus kepada Sdr. Rizalman di Rumah No.1. - BERnoNAMA
Tuesday, February 26, 2013
PENDAFTARAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MERU MAKMUR2
Syukur kepada ALLAH kerana mengurniakan hari yang indah.
Permohonan menubuhkan Persatuan Penduduk Taman Meru Makmur 2, Jalan Kasban 5/KU8 telah berjaya dihantar pada 25 Februari 2013. Permohonan telah dikemukakan oleh Bendahari Jawatankuasa Penaja, Sdr. Rosli Bin Badron yang telah mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Wisma MBSA, Shah Alam.
Di dalam permohonan tersebut, telah didaftarkan Jawatankuasa Penaja seperti berikut:-
1. En. Ali Bin Mohamad - Pengerusi
2. En. Zaidi Zainal - Timb. Pengerusi
3. En. Mushidi Tompang - Setiausaha
4. En. Abd Hadi Milok - Pen. Setiausaha
5. En. Rosli Badron - Bendahari
6. En. Rezuan Abd Kadir - AJK
7. En. Asura Siran - AJK
ROS akan menyemak permohonan sebelum diberi kelulusan seterusnya didaftarkan sebagai persatuan penduduk yang sah. Kita tunggu bersama-sama....
Subscribe to:
Posts (Atom)