Monday, March 8, 2010

Sidang Mesyuarat Lima Mac Dua Ribu Sepuloh

Assalamualaikum...

Alkisahnya persidangan mesyuarat Tertutup PPTMM2 telah berlansungnya pada Jumaat malam sabtu di Dewan Kondangan Saudara Pengerusi kita tepat jam 9 mlm. Atas sedikit kesulitan ianya dapat dilangsungkan pada jam 9.30 dengan kehadiran seramai 12 orang.

Topik yang dibentangkan adalah

1) Kutipan RM20 untuk membuat pagar dan pembayarn upah 'pengawal keselamatan'
2) Gotong Royong Bil.3 bagi tahun 2010

Hal-hal lain,

1) Sukaneka / Hari keluarga TMM2 (Tarikh dipersetujui 1/5/2010)

Berikut adalah detik2 kenangan mesyuarat berkenaan


Mcm biasalah, sblm mula mesyuarat kene isi perut dulu. Nampak si Brosli tgh kayuh pinggan...


Nampak si Badang (asura) tgh bengtangkan kertas projek


Yang ni jgn salah faham, lain tak bukan itu ketua biro2 wanita, takde kena mengena dgn ust kita.. huhu


Aku pun nk interframe gak..


Mcm borang nikah jek! eh jgn salah faham, ni minit mesyuarat yang lepas daaaa!


Pok li duk kayuh juga, brosli,Nazri dgn Pengerusi kita duk sengeh-sengeh

Alhamdulillah, syukur mesyuarat malam tu berjaya dicapai dan selesai pada jam 10.30 malam dan tinggal perlaksanaannya je belum tercapai. Harap kerjasama bersama penduduk rakan taulan TMM2 sekalian untuk menjayakan apa yang telah dirancangkan. Insyaallah.

4 comments:

Unknown said...

minta maaf..aku tak dapat hadir malam tu..ada sebab sebab yang tak dapat dielakkan...

nanti kalau aku datang aku lak nak interframe muka aku..amik gambar aku banyak banyak...hihihhi..

Chon said...

Muhammad Faizal bin Abdullah

Notis : Cuti Balik Kampung (1 Mggu)

No.15, Harap2 dapat tengok2kan kawasan sekitar...

tq.

daddy cool said...

info diterima en.shahril uiii.... dan insyaallah en.chon boleh duk kampung dgn tenang. kami akan cuba usya2kan yer...

waqzan said...

takziah buat mat evo(setiausaha), dah 2 minggu berturut balik kg bagi menziarah ibunda yang sakit. doa2 dari kawan setaman TMM2 semoga segala urusan diberkati ALLAH dan dibawah payungan rahmatnya...