Friday, April 23, 2010

Projek Pondok Pengawal - Fasa 1


Salam semua....
Hujung minggu lepas bermulalah projek mega TMM2 iaitu projek menyiapkan pondok pengawal. Projek kali ni dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1...membuat tembok hiasan di sebelah kiri dan kanan jalan.

Bahan mentah seperti pasir, simen dan bata telah dibeli oleh En. Nasir pada hari sabtu setelah mendapat peruntukan daripada Tuan Bendahari (gambar atas..hehe). Pada sebelah petang bermula kerja membuat foundation oleh En. Nasir dibantu oleh wak padi dan beberapa warga taman.

Mengikut plan asal...kerja akan disambung pada waktu malam (sejuk sikit katanyee..), tapi hujan lebat telah menyebabkannya ditangguh. Jadi..terpaksalah ditangguh hingga esok paginya.





Pak Ali tengah fikir apa nak tanam kt dalam tu...

Bersambung pagi ahad...ramai yang hadir sama ada tolong...ataupun tolong tengok. Kerja memasang bata selesai sebelum zuhur. Makanan di sponsor oleh Wak Rafi dan isteri. Ramai yang mencuba sos nenas, jem nenas dan jus nenas keluaran Bonda Wak Rafi.


Sesuai la dengan saiz badan brader asura ni..
Supervisor diimport khas....
Tukang...... tengok. hehe
Designed by En. Nasir

Begini la rupa bila dh siap..

Projek akan bersambung minggu ini untuk sesi plaster pulak.








4 comments:

nazri said...

mak aii terperanjat aku tgok muka bendahari...terkezut jap.

wak zan said...

tulahnya... terjugil gitu.. sengaja letak gambo tak encem atau org umah suh letak mcm tu supaya saham takde.. kekekeke.. sorilah sabtu n ahad lepas aku ke temerloh then sabtu n ahad ni ke umah mertua.. memang lost habis hal taman

brosli said...

juling tengok duit....

nazri said...

wakakaka...duit taman laa duit kat tpt kerj ala...huhu sumer duit...wkakaka