Thursday, December 23, 2010

Jawatankuasa TMM2010 dibubarkan, En. Rusli Abu dipilih pengerusi baru

TMM2, Rabu - Pengerusi J/K TMM2 membubarkan Jawatankuasa TMM2 2010 semasa Majlis Jamuan Akhir Tahun 2010 di sini malam tadi.

En. Hairol Zaman selaku mantan pengerusi mewakili semua AJK mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga TMM2 di atas kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2010.

Timbalan Pengerusi TMM2 2010, En. Rusli Abu telah dipilih menggantikan En. Hairol Zaman sebagai pengerusi bagi penggal 2011. Pemilihan secara tahunan itu menyaksikan beberapa muka baru dipilih menjawat pelbagai jawatan selain beberapa muka lama yang kekal.

Majlis Jamuan akhir tahun 2010 dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ali Muhammad dan ucapan alu-aluan oleh mantan pengerusi. Semasa jamuan, warga TMM2 disajikan dengan pembentangan kewangan TMM dan slide aktiviti TMM2 sepanjang 2010. Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan percikan bunga api yang berdentum di udara dan upacara penyampaian sijil, hadiah serta cabutan bertuah.

En. Rusli Abu semasa ucapan penangguhannya, mengucapkan terima kasih kepada warga TMM2 dan memohon kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada AJK TMM2 tahun 2011 nanti.

Senarai penuh AJK TMM2 2011 akan dikemaskini dalam masa terdekat.

1 comment:

daddy cool said...

sedih masa pembubaran sbg ajak tuh.. tapi last2 kene sambung kontrak.. nak tak nak.. kene nak gak.. cis..