Friday, July 29, 2011

Wan Hamidi Kemalangan

Warga TMM2 dimaklumkan baru-baru ini, seorang warga TMM2 telah terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Raja, Klang semasa beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Sehubungan dengan itu, J/Kuasa TMM2 diketuai oleh Ketua Biro Kebajikan, Sdr. Ridzuan telah meluangkan sedikit masa melawat Sdr. Wan Hamidi di KPJ Specialist Hospital, Sesyen 20 Shah Alam.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Sdr. Rosli (Bendahari), Cikgu Azman dan Pn Fatimah. J/Kuasa TMM2 turut menyumbangkan hamper berupa buah-buahan dan makanan kepada Sdr Wan Hamidi.


Dimaklumkankan juga terdapat warga taman yang datang melawat beliau secara berasingan pada waktu yang lain.Beginilah hidup di dalam kejiranan taman. Kita mengambil berat perihal taman....warga taman lain akan mengambil berat terhadap kita. Oleh itu sekiranya terdapat program-program taman...rajin-rajinlah kita mengambil bahagian. Sekiranya taman membuat kutipan...rajin-rajinlah membayar. Janganlah kita pentingkan diri sendiri....kelak kita menjadi orang asing di taman sendiri.

Terima kasih kepada warga TMM2 yang melawat Sdr. Wan Hamidi.






Thursday, July 14, 2011

PINJAMAN ASB - PERBANDINGAN









Salam sejahtera semua warga TMM2.
Pernah terfikir nak buat pinjaman ASB / loan ASB? Pasti ada yang pernah terfikir...tapi takut nak cuba kerana memikirkan bayaran bulanan yang perlu dibayar.
Mungkin juga ada yang terfikir..daripada bayar kat bank..baik aku simpan jer bulan2 kat ASB. Masalahnya...berapakah tahap keyakinan anda untuk menyimpan pada kadar tetap (rm500 cthnya) setiap bulan bagi tempoh yang panjang (10 tahun jadilah). Aku pasti ramai yang terkantoi kalau nk simpan bulan2 secara tetap. Tapi...kalau loan ASB...ansuran WAJIB bayar..so nak x nak kenala allocate RM setiap bulan.
Ada yang kata buat loan nih...mendisiplinkan kita untuk buat bayaran bulanan. Walau apa pun..terpulang kepada diri masing-masing.
Kepada sesiapa yang rasa was-was sama ada nak menyimpan atau buat loan..disini aku ada buat pengiraan mudah (simple calculation)....:

Pinjaman : RM100,000.00
Tempoh : 10 tahun
Ansuran Bulanan : RM1,060.00
Andaian : Dividen 7% setahun, setiap tahun


Penerangan


Jadual 1 : ASB Simpan sendiri

Kalau buat keputusan nak simpan sendiri boleh...tapi dividen x boleh dikeluarkan..kalau x pelaburan x berkembang la...

Jadual 2 : ASB Loan Bank ( Dividen x usik)

Kalau buat loan bank pun sama...jangan ambik dividennya...maknanya kena la keluar duit sikit bayar installment....

Jadual 3: ASB Loan Bank (Dividen guna bayar loan)
Kalau buat loan nak diambik jugak dividennya untuk tampung sebahagian loan pun boleh...tapi untung nye kurang le sikit..


Selamat melabur!!

Thursday, May 19, 2011

KONVOI KELUARGA KE PD JULAI

Dicadangkan konvoi ke PD seperti berikut:

Tarikh : 2 - 3 Julai 2011
Tempat: Port Dickson
Perjalanan : Berkenderaan secara konvoi
Penginapan : Apartment (Kongsi)
Makan : Makan ramai-ramai (bayar sorang-sorang)

Anggaran Kos Penginapan (RM80-100)
Lain-lain kos (makan, petrol, tol) tanggung sendiri.

Berminat : Deposit RM50.00

Thursday, April 14, 2011

PROMOSI TM STREAMYX DI TMM2


Sudah bosan dengan broadband yang selalu takde coverage? Jangan risau kerana Telekom Malaysia (TM) akan datang ke TMM2 beberapa hari lagi!

Melalui notis yang di tampal di pondok jaga beberapa hari lalu, TM akan menerjah ke tempat kita seperti butiran berikut:

Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)

Masa : Ikut Time Diorang le gamaknye

Tempat : Dataran TMM2 (perghh!!)...berhampiran pondok jaga

Difahamkan awek-awek cun dari TM akan memberikan free gift kepada warga TMM2 yang mendaftar pakej-pakej yang di tawarkan mereka. Penampilan istimewa bekas penari kebudayaan, Usop Wilcha dijangka memeriahkan lagi program sehari ni..(tapi jangan di harap sangat la yee..mungkin dia x datang)


Jadi..tunggu apa lagi! Semua warga dijemput hadir memeriahkan lagi program oleh TM ni. Aku pun x tau la sapa yang promote nih. Mungkin Bro Shahril (33) atau Bro Anuar (39) yang rekomen kot...sebab kan diorang tu orang kuat TM.

Wednesday, April 6, 2011

Baju Hard Rock Baru

Hard Rock Cafe Sentosa, Biru, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00

Hard Rock Hotel Singapore, Hitam, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00

Hard Rock Hotel, Kelabu, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00

Hard Rock Sentosa, Hitam, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00


Berminat untuk buat koleksi

hubungi Rosli (No.35) 013-3331984

Tuesday, February 22, 2011

Mesyuarat J/K TMM Bil 2/2011

Mesyuarat Jawatankuasa TMM2 Bil.2/2011 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 Feb 2011, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat: Rumah pengerusi

Semua AJK dijemput hadir. Sila bawa minit mesyuarat (telah diedarkan).

Sekian,
Setiausaha TMM2