Friday, July 2, 2010

Gotong- royong 3/2010

Salam Semua. untuk makluman, pada 27 Jun uang lepas, XTVT gtong ryong taman telah diadakan bermula pada jam 8,30 pg hingga 1 tghari.

Bermula dgn sarapan hasil dari juadah sumbangan yang dibawa bersama rakan setaman atau ikhsan dari ajak wanita untuk bersedekah sbg tenaga formula bersih longkang bermula.

En.Nasir memulakan upacara ptong rumput sekitar kawasan taman, diikuti geng tebas dan korek longkang. dek kerana cuaca yang tenteram, damai dan makmur, diikuti xtvt cabut pkok buahan hasil dari sumbangan rakan setaman untuk dipindah tanam dikawasan taman yang lebih terancang dan sejajar.

check point pertama diadakan selepas 1 jam 45 minit xtvt berjalan. sesi minuman berubah dari air jus kismis + kurma kpd jus limau.. tambahan menu makanan kepada kuew teaw kpd nasi lemak dan kuih2.

acara angkat berat dimulakan dgn bacaan doa selamat oleh Pak Ali, kemudian susunan mengikut formasi 4 penjuru. 6,6,6 kejap2.. tukar 5,5,5 eh ade yg tercicir 4,4,4 la akhirnye.. berjaya gak dgn angkatan 3-4 kali tuk memindahkan posisi atur letak pondok pengawal. agak strategi agar lebih menarik dan mudah.




Selesai sesi angkat berat, sesi melepak tahan sakit pinggang. huhu..



Sesi pecah tanah, kelihatan saudara asmizan dan brader mat som berhempas pulak membuat lubang tanaman pkok buah buahan.

Kelihatan Yang Berbahagia En.Zahid merasmikan tanaman pkok ciku diTMM2 disaksikan oleh dr belakang en.rizuan, en.mat som, en.lan, en.jang & en.zan

Hasil dari xtvt tersebut :-
1) Tanaman pokok buah-buahan sebanyak 6 pokok,
- mangga 3, ciku 1, manggis 1, jambu 1
2) Saluran longkang dari bahagian belakang taman ke depan ke empat2 saluran
3) Penat yang berbaloi dan kenyang dgn juadah ikhsan masyarakat taman (wanita)
4) taman yang bersih dari segenap sudut pandangan mata.
Tidak dilupakan majlis mesyuarat ke 5 2010 dirumah pengerusi pada 2 july diikuti permainan badminton oleh rakan setaman. (kecuali yang tengok world cup) :( sedih argentina out. dah la england out. tapi takpe spanyol ade lagik... ade ke... tengok la rabu ni..
itu je nukilan update setakat nih. terima kasih saudara brosli kerana snap gambo2 xtvt nih. diharap teruskan usaha kita makmurkan Taman Meru Makmur 2 ni.. wassalam

Tuesday, May 25, 2010

Sepintas Lalu daaa.......

Salam semua..

Hari ni aku masuk just nk pastikan adenye sepatah dua kata dari rumusan aktiviti yang berlaku ditaman kita semua ni..

Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk kita bersama menjalani kisah2 sepeti:-

1) Aktiviti badminton semakin kuat. sejak kekalah malaysia dipusingan akhir piala thomas.. dah tak best la layan badminton kat tv.. jadi dengan bakat yang ada.. memasing memang power pun.. so setiap jumaat malam sabtu, sambung sabtu malam ahad surelah berhempas2 lengan tuh.. kuat smash bukan main.. tapi kadang2 tak kena.. selalunya kena.. huhu

2) Sepak raga ni tak sah la kalau tak dimainkan.. permainan paling sempoi dah aku wase murah gak la.. tak perlukan padang atau barang yg mahal2.. pastikan ade bola sepak raga dah ckup dah.. tapi kat taman kita tu adela gelanggang nya.. so belikan je bola 1-2.. net nya.. konpem.. cukup je forum 6 org kasi main 3 la kan.. tapi selalunya.. nk ckup 6 org.. kenelah tunggu sampai jam 6.30 ptg.. ade tu sekali.. dah kul 7 ptg punbaru nkmain.. so waktu2 terdesak tu takde main 3 dah.. main 'rogol' je.. huhu (istilah ni bleh guna ke kat blog)

3) Aktiviti membuat tembok palang gate taman
- silih berganti minggu ke minggu akhirnya siap
- cat putih sbg lapisan utama
- cat kedua tu aku tak nampak warnanya (almaklumlah rabun warna) tlg betulkan rosli
- kelihatan tanah diisikan dalam bekas tembok
- bunga pun dah ditanam.. tapi mcm layu sikit.. (sbb musim panas)
- akhirnya 2 minggu lepas palang siap dinaikkan

4) pada 22 mei, jamuan doa selamat dirumah pengerusi. Malam tu juga majlis taklimat aktiviti dan penerangan segala butiran perancangan dan persefahaman dianatar penduduk.. segala kos ditanggung pengerusi tanpa menggunakan duit kutipan.. ramai juga rakan2 yang membawa juadah sbg sumbangan.

Ni takde kena mengena dengan jamuan makan..hehe


Setakat ini je yang aku tau sebab banyak hari gak aku kuar masuk taman sbb kerja 'luar'.. jadi kalau ade rakan2 yang ade info tu.. kirim2 la kat email asmizan@gmail.com utk aku updatekan.. kot2 ade gambo kenangan atau info2 yg tersasar dari nukilan aku ni..

Wassalam terima kasih

Friday, April 23, 2010

Projek Pondok Pengawal - Fasa 1


Salam semua....
Hujung minggu lepas bermulalah projek mega TMM2 iaitu projek menyiapkan pondok pengawal. Projek kali ni dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1...membuat tembok hiasan di sebelah kiri dan kanan jalan.

Bahan mentah seperti pasir, simen dan bata telah dibeli oleh En. Nasir pada hari sabtu setelah mendapat peruntukan daripada Tuan Bendahari (gambar atas..hehe). Pada sebelah petang bermula kerja membuat foundation oleh En. Nasir dibantu oleh wak padi dan beberapa warga taman.

Mengikut plan asal...kerja akan disambung pada waktu malam (sejuk sikit katanyee..), tapi hujan lebat telah menyebabkannya ditangguh. Jadi..terpaksalah ditangguh hingga esok paginya.





Pak Ali tengah fikir apa nak tanam kt dalam tu...

Bersambung pagi ahad...ramai yang hadir sama ada tolong...ataupun tolong tengok. Kerja memasang bata selesai sebelum zuhur. Makanan di sponsor oleh Wak Rafi dan isteri. Ramai yang mencuba sos nenas, jem nenas dan jus nenas keluaran Bonda Wak Rafi.


Sesuai la dengan saiz badan brader asura ni..
Supervisor diimport khas....
Tukang...... tengok. hehe
Designed by En. Nasir

Begini la rupa bila dh siap..

Projek akan bersambung minggu ini untuk sesi plaster pulak.








Tuesday, April 20, 2010

testing upload

salam. Semua. Just nk try update guna phone wifi. Hari ni aku kursus indesign kt ilqam. Opis si mat som. Mgu lpas aku ke felda tekamnya residence jaga kursus. Akn dtg ke klntan. Bln 5 ke srawak. Smua hal kursus. Bila la nk main takraw ni. Kwn2 ade tak yg berhajat tuk main bdminton malam hari

Sunday, April 18, 2010

SEKITAR GOTONG-ROYONG TMM2

Sesi gotong-royong TMM2 telah berlangsung pada 28 Mac yang lalu. Sesi bermula seawal 7.30 pagi dengan warga TMM2 berkumpul di pondok dan bersarapan.

Makan dulu...


Sebaik kenyang...gotong royong dimulakan dengan taklimat pengerusi. Gotong-rotong kali ini lebih berat kepada membersih kawasan pagar taman permainan di bahagian belakang taman selain membersih longkang dan memotong rumput.


Oleh kerana ramai yang melibatkan diri..sesi kali tamat lebih awal. Semua warga taman berkumpul semula pada waktu tengahari untuk makan tengahari. Makanan kali ini disediakan oleh AJK Hal Ehwak Wanita PPTMM2.


Terima kasih kepada semua yang terlibat.







Thursday, April 15, 2010

SUKANeka PPTMM2

Assalamualaikum..

Disini, aku mewakili AJK sukan yang ada, mohon kerjasama dari rakan2 ajak yang lain sekiranya pernah ada pengalaman menganjurkan sukan atau buat kertas kerja serta kira2bajet kewangan berkaitan sukaneka, sila berikan maklumat terperinci kepada pihak AJK sukan yang masih mentah dalam hal2 berkaitan.

Terima kasih

Tuesday, April 13, 2010

PROJEK POSTGUARD

Projek untuk membina pagar dan pondok keselamatan dijangka akan dijalankan dalam bulan April. Mesyuarat JK PPTMM2 yang lalu telah memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat kontraktor memandangkan kos yang dikenakan terlalu tinggi.

Pengerusi PPTMM2, En. Hairol Zaman mencadangkan agar pagar & pondok keselamatan dibina dengan menggunakan kepakaran warga taman sendiri. Ini dapat mengurangkan kos selain membeli sendiri bahan mentah yang diperlukan.

AJK Keselamatan & Kebajikan akan mengetuai projek ini yang dijangka akan siap pada penghujung Bulan April ini.