Thursday, April 14, 2011

PROMOSI TM STREAMYX DI TMM2


Sudah bosan dengan broadband yang selalu takde coverage? Jangan risau kerana Telekom Malaysia (TM) akan datang ke TMM2 beberapa hari lagi!

Melalui notis yang di tampal di pondok jaga beberapa hari lalu, TM akan menerjah ke tempat kita seperti butiran berikut:

Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)

Masa : Ikut Time Diorang le gamaknye

Tempat : Dataran TMM2 (perghh!!)...berhampiran pondok jaga

Difahamkan awek-awek cun dari TM akan memberikan free gift kepada warga TMM2 yang mendaftar pakej-pakej yang di tawarkan mereka. Penampilan istimewa bekas penari kebudayaan, Usop Wilcha dijangka memeriahkan lagi program sehari ni..(tapi jangan di harap sangat la yee..mungkin dia x datang)


Jadi..tunggu apa lagi! Semua warga dijemput hadir memeriahkan lagi program oleh TM ni. Aku pun x tau la sapa yang promote nih. Mungkin Bro Shahril (33) atau Bro Anuar (39) yang rekomen kot...sebab kan diorang tu orang kuat TM.

Wednesday, April 6, 2011

Baju Hard Rock Baru

Hard Rock Cafe Sentosa, Biru, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00

Hard Rock Hotel Singapore, Hitam, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00

Hard Rock Hotel, Kelabu, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00

Hard Rock Sentosa, Hitam, Baru & Original

Saiz L (Lelaki dewasa), RM120.00


Berminat untuk buat koleksi

hubungi Rosli (No.35) 013-3331984

Tuesday, February 22, 2011

Mesyuarat J/K TMM Bil 2/2011

Mesyuarat Jawatankuasa TMM2 Bil.2/2011 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 Feb 2011, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat: Rumah pengerusi

Semua AJK dijemput hadir. Sila bawa minit mesyuarat (telah diedarkan).

Sekian,
Setiausaha TMM2

Monday, January 31, 2011

PERLANTIKAN WAKIL KUTIPAN YURAN TMM2

Mesyuarat J/Kuasa TMM2 Bil.1 /2011 telah bersetuju melantik wakil blok bagi kutipan yuran bulanan untuk Tahun 2011 seperti berikut:-

1. Sdr. Zaidee (No.7) - Blok Ganjil No.1 - No.35
2. Sdr. Rithaudeen (No.8) - Blok Genap No.2 - No.22
3. Sdr. Rapi (No.30) - Blok Genap No.24 - No.50
4. Sdr. Cikgu Azman (No.37) - Blok Ganjil No.37 - No.63
5. Sdr. Hairolzaman (No.60) - Blok Genap No.52 - No.66

Warga TMM2 bolehlah membuat bayaran bulanan kepada wakil di blok masing-masing.
Pastikan anda menerima resit sebagai rekod bukti pembayaran.

Sunday, January 16, 2011

AWAS! KES CURI MELANDA

Nampaknya kes kecurian telah mula melanda kawasan perumahan ini. Oleh kerana taman ini mempunyai jaga yang berkawal pada waktu kerja, sang pencuri ini menggunakan waktu malam dan hari cuti untuk mencuri.

2 buah rumah telah dilaporkan dimasuki pencuri dalam tempoh seminggu. Keadaan sebegini tidak boleh dibiarkan sahaja. Warga taman diminta supaya mengambil langkah keselamatan yang lebih terutama semasa meninggalkan rumah untuk tempoh masa yang lama. Antara langkah yang boleh diambil ialah memberitahu jiran untuk mengawasi rumah semasa ketiadaan kita dirumah.

Itulah peri pentingnya hidup berjiran dan mengambil bahagian dalam aktiviti taman ini. Warga taman akan lebih mengenali kita dan mengambil berat tentang kita.

Jadi....ambillah iktibar dan berhati-hati lah ye..

Thursday, December 23, 2010

Jawatankuasa TMM2010 dibubarkan, En. Rusli Abu dipilih pengerusi baru

TMM2, Rabu - Pengerusi J/K TMM2 membubarkan Jawatankuasa TMM2 2010 semasa Majlis Jamuan Akhir Tahun 2010 di sini malam tadi.

En. Hairol Zaman selaku mantan pengerusi mewakili semua AJK mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga TMM2 di atas kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2010.

Timbalan Pengerusi TMM2 2010, En. Rusli Abu telah dipilih menggantikan En. Hairol Zaman sebagai pengerusi bagi penggal 2011. Pemilihan secara tahunan itu menyaksikan beberapa muka baru dipilih menjawat pelbagai jawatan selain beberapa muka lama yang kekal.

Majlis Jamuan akhir tahun 2010 dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ali Muhammad dan ucapan alu-aluan oleh mantan pengerusi. Semasa jamuan, warga TMM2 disajikan dengan pembentangan kewangan TMM dan slide aktiviti TMM2 sepanjang 2010. Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan percikan bunga api yang berdentum di udara dan upacara penyampaian sijil, hadiah serta cabutan bertuah.

En. Rusli Abu semasa ucapan penangguhannya, mengucapkan terima kasih kepada warga TMM2 dan memohon kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada AJK TMM2 tahun 2011 nanti.

Senarai penuh AJK TMM2 2011 akan dikemaskini dalam masa terdekat.