Thursday, December 9, 2010

Beijing Muslim Tour : Tips dan Panduan

Cuti sekolah sudah bermula. Pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga dan anak-anak...tetapi tiada pedoman untuk melancong.

Tatkala blogger lain lebih gemar untuk menceritakan pengalaman (keseronokan) mereka melancong ke beijing..saya lebih gemar untuk memberi panduan dan tips kepada anda, terutama yang belum pernah pergi ke Beijing supaya anda dapat mengawal bajet dan yang paling penting tidak merasa ditipu.

Terdapat banyak agen atau travel agent yg menawarkan pakej ke Beijing. Harga pakej antara RM1800 - RM2500 bergantung kepada kuantiti peserta dan pakej yg ditawarkan. Namun bagi yang mengutamakan bajet rendah dan ciput, saya rekomen anda menggunakan perkhidmatan WENKT VACATION SDN BHD.

Wenkt diuruskan oleh En. Wan melalui blognya http://www.wenkt.com/. Wan akan membantu anda membentuk group untuk mendapatkan pakej termurah. Apa yang anda perlu lakukan hanya mencari tarikh pilihan dan membeli tiket dahulu. Sekiranya anda bernasib baik, kos anda mungkin tidak melebihi RM1000 (tiket + pakej). Untuk maklumat lanjut anda bolehlah mengunjungi blognya.

Berbalik kepada tip dan panduan tadi, saya bahagikan kepada 3 topik.

1. PAKEJ
Pakej muslim ada dua. Pertama, beijing tour, kedua beijing + ski tour. Saya mencadangkan anda tidak perlu mengambil pakej ski. Pakej ski hanya indah khabar dari rupa. Resortnya umpama bangunan terbengkalai dan salji adalah tiruan (baik pergi genting...sama jer). Hotel di ski nampak mcam 4star tetapi servis hanya 2 bintang.

2. MELAWAT
Oleh kerana kerajaan china telah menetapkan tempat lawatan, jadi terdapat beberapa tempat yang wajib dikunjungi.
a. Akrobatik show
Yang ini ok la. seronok jugak. Yang x seronoknya tour guide akan offer untuk menonton kungfu show pula. Harganya 150yuan(rm75). Anda pasti tertarik kerana anda belum bershopping lagi. Bagi yang bajet nk shopping....saya cadang x perlu la tgk kungfu show ni. Kalau anda dh confirm nak tengok, x boleh kansel lagi. kecuali anda banyak duit.

b. Kilang sutera
Dipendekkan cerita...sutera tu memang cantik. mereka akan offer package 1500yuan(rm750) untuk set cadar, srg bantal dan 2 bantal. Selepas anda beli, baru dia bagi anda tengok lain2 pakaian. Bagi yang gila sutera psti akan habis 3000yuan - 5000 yuan. Hehe..tempat lain x pegi lagi nih.

c. Kilang jed
Jed tulen...boleh la klu nak beli tapi kena pandai pilih. Salesgirl selalunya keluarkan yang mahal2 jer. kat sini boleh habis 1000yuan - 2000yuan...bergantung pada nafsu..

d. Burning cream center
Disinilah bermulanya penipuan. berhati-hatilah dengan kata2 manis salesgirl. Demo melecurkan diri umpama penjual ubat dikaki lima chow kit. pasti ada magic yg dibuat...tapi kalau anda percaya jugak nk buat camna. Kat sini kalu tersilap langkah boleh habis 1000yuan - 3000yuan.

e. Foot massage
Ni lagi tipu....diorang x urut pun...gosok2 jer. masa dia tilik ...mcm2 penyakit yg anda ada. Mangsanya adalah golongan veteran. Klu terpedaya boleh habis 3000yuan. Klu boleh jangan masuk lagi bagus. Ataupun cakap x tau bahasa inggeris. Just said no,no,no,no....

f. Great wall
No komen. memang pengalaman menakjubkan.

g. Lain2 tu nanti anda dah biasa dengan penipuan....so pikir la sendiri.

3. SHOPPING
Ada 3 tempat shopping murah. Yang paling murah x ingat namanya. Tapi kedai kecik jer...peniaga pun x ramai. Nak keychain, magnet n tshirt belila kat sini...memang murah. Nanti tour guide ajar camne nak tawar.
Antara 3 tu, silk market mahal sikit tapi banyak pilihan. banyak barang branded kat sini. Sini banyak pelancong eropah, so diorang tekan kaw2 punya. kena pandai tawar la..
Klu pegi market yang macam nak tutup tu lagi murah...banyak stok clearence. Wang fu jin dengan Yoshaw market x payah pegi la.
Klu ada yang minat nak pegi hard rock shop dia akan bawak. Tapi harga standart la. Beli kat silk market yang tiruan punya boleh dapat 3 for 100yuan. tapi jgn kena tipu...display yang elok, tapi bagi yang teruk.

Beberapa perkara menarik di beijing.
1. banyak kereta Wolksegan
2. bahasanya kasar sikit...macam nak gaduh
3. makanan chinese style...tapi boleh la dimakan. Xdelar kebulur sangat. Bawakla maggi klu x lalu mkan.
4. Nak beli souvenir...beli dengan peniaga jalanan lebih murah. Lagi satu kesian diorang macam org miskin.
5. jangan tunggu last minit nak shopping...mana ada market singgah beli jer.

Ni jer lah lebih kurang tip panduan yang saya boleh sampaikan. So boleh la anggar berapa yuan nak bawak. Nak tukar duit, tukarla di malaysia. Disana kadar tukaran mahal walaupun boleh beli dengan RM

Dimalaysia 100yuan = rm48
dichina 100yuan = rm53
tukar dengan tour guide 100yuan = rm50

Selamat bercuti ke beijing.

4 comments:

syikinarshat said...

Panduan yg sgt tepat :)

Anonymous said...

Bila korang pegi ni...lain kali bawak la satu taman

daddy cool said...

pergh.. mcm best jek.. tempatnya dan bajetnya.. semput tuh.. setahun lom tentu dpt kumpul.. takpela.. dengo citer pund ah best..

Anonymous said...

panduan yg baik,br plan nk g bln 12, tq