Monday, January 25, 2010

Ukhwah...

Salam kembali

Sekembalinya aku a.k.a wak jan rumah no 45. untuk mengupdatekan blog taman meru makmur2 nih... sekembalinya aku dari Port Dickson pada ahad petang tuh, selain dari melepas rindu pada anak2 dan isteri, dah tentunya dendam sepak raga yg sekarang ni hanya dpt ditunaikan setiap petang sabtu dan ahad...

dalam jam 5.30 aku nampak dah si deen usya gelanggang kot2 dah ade org.. memang dah adat.. sebagai ajak sukan sure dia kene pantau aktiviti bersukan kat taman tuh kan.. so last2 deen gak la yang jemput net dan bola yg dah ada pada brader nizam a.k.a abg posmen.... aku sempatla tlg si deen pasang then sementara tunggu brader rosli bendahari dgn yg lain2 dtg.. aku dah siap2 timang2 menimang la kan.. sampailah brader mat son dtg... pergh itujam memang tak sabo dah nk melibas.. then dtg plak brader umah paling hujung (sori lupa nama)..

then bermulalah episod pertarungan.. so ni ade la sikit2 gambo utk aku updatekan tapi tak bolehla banyak2.. next time kita bubuh lagi k..
Add Image
aku a.k.a wak jan baju hitam adidas bersama brader Mat Som (serba putih) dgn brader umah no 66 (sori lupa nama)




Team Posmen (nizam baju kuning) dgn Deen (org bujang - berselipar) dgn brader umah 61 (sori lupa nama gak!)



Team kuat petang tuh, brader Rosli sbg tekong, Pengerusi a.k.a Ust sbg killer dan Nizam Posman sbg tukang angkat


Gaya killer kampung (deen) berselipar jepon kekekeke...

Ni plak antara penonton yang hadir, baju hitam (boy) anak brader tukang masak sementara yang bermisai lebat tuh Mat Evo a.k.a Setiausaha Taman a.k.a adik ipo aku la...

Selepas aktiviti memimang eh! silap, menimang serta melibas kilas tuh.. terpaksa dihentikan walhal tgh betul2 bersemangat tuh, tapi disebabkan hujan rahmat dah turun.. so baliklah kerumah masing2... so malam tuh seperti dijanjikan. aku bersama abg bomba dan mat evo meneruskan aktiviti bancian atau senang kata dtg kerumah2 wanted yang masih belum kasi maklum balas setuju atau tidak pemasangan pagar dan adakan pengawal keselamatan berbaya. dimana sebulah rumah perlu membayar RM20 sebulan untuk upah pengawal dan kalau ada duit lebih bolehlah dijadikan sbg duit khairat jika ade kematian ataumusibah serta if ada lebih gak.. boleh la dijadikan modal utk beli peralatan kenduri kendara.. contoh mcm periuk dan kuali besar.

dah penat update nih. harap2 sedara2 atau brader2 yang ade info tuh silakan lah update dgn nama pengguna dan kata kunci untuk login... kalau tak tau. dtg umah aku no 45. aku bagi dgn percuma. tapi tenet kene carila kan.. sapa ade wireles kongsi2 la ye.. wewewewe

sekian, next time sambung k

2 comments:

Anonymous said...

Testing komen - waqzan

Anonymous said...

aku pun testing gak..