Tuesday, February 2, 2010

Bulan baru & promosi laman blog

1 feb...sudah masuk bulan baru bagi tahun 2010. Bagi warga taman yg bekerja di KL dan Putrajaya pastinya mengambil peluang ini utk berehat kerana cuti Hari Wilayah.

Tidak banyak program pada hujung minggu lepas...melainkan acara wajib main takraw pada petang sabtu dan ahad.

Ahad pagi...nampak kelibat Brader Nizam posmen 'berjogging' keliling taman dengan anak kecil beliau sambil memasukkan risalah promosi blog taman kita ni ke dalam peti surat. Kalau dah namanya pun posmen...itu je lah kerjanya pun.

Tujuan Brader Nizam ni satu je....untuk memaklumkan kepada semua warga TMM2 supaya mereka tahu tentang wujudnya laman blog istimewa ini. Terima kasih kepada blogger Wak Jan atas inisiafif beliau.

11 comments:

daddy cool said...

baru semangat aku nak mencoret2 mcm nih.. ada gak yg sudi tolong2 post entry... nyway perkenalkan la diri sikit... kalau pakai streamyx tu share2 la kan.. 1 TMM2 bleh tumpang... takpun kita lepak kat pondok join kasi aku pinjam broadband kita update blog sama2...

Chon said...

Berita tak baik. Rumah No.15 kena ceroboh...beteri keta kat luar kena curi. Ini dah melampau ni...fr : Chon (owner rumah no.15)

daddy cool said...

ucapan takziah dan sangat2 mendukacitakan. dalam keadaan yang ramai dan rapat padat kawasan umah kita tuh pun boleh jadikes mcm nih.. memang betul2 alibaba la pencopet nih...

Anonymous said...

aiseh...ada kes lg ker..xde org citer pun..dicadang supaya setiap kes mintak dilapor ke AJK Keselamatan utk rekod...wakjan, mana senarai ajk - Bendahari

Anonymous said...

Tahniah wujudkan blog nie.aku harap blog nie bukan separuh jalan punya blog.Ramai kata buat blog bazir waktu, facebook bazir waktu.YM bazir waktu tp pada aku semua tu kalau dimanafaatkan sebaiknya, bukan pembaziran.so teruskan dengan cerita-cerita terkini di taman kita.

Chon said...

Saya ada gambar2 gotong royong...kalau nak jdkan bahan bolela...bagi email...ok

daddy cool said...

yang berhormat tolong bagi gambar kat asmizan@gmail.com

nazri said...

ni nama penuh aku AHMAD NAZRI BIN ABDULLAH ZAWAWI,nanti leh betulan kat list ajk tu-nazri.(biro kerohanian@agama dan kebajikan)

Chon said...

Hehe...gambar dah bg kat en.Asmizan-Gotong Royong

Unknown said...

Hihihihi...Aku lagi la ada berita menarik nak cerita..
rumah no 27,31,33.35..kebun kami semua habis kena ambush dengan kera..jadi padang jarak padang tekukur..hihihi..

mana nak cari mercun..

NASH RESTU ENTERPRISE said...

KEPADA PENDUDUK TAMAN MERU MAKMUR 2 YANG INGIN PASANG INTERNET STREAMYX BOLEH HUBUNGI SAYA.LAMAN BLOG SAYA http://nashrestu5.blogspot.com