Monday, February 8, 2010

KUTIPAN RM20 BERMULA MAC 2010

Mesyuarat AJK Taman bil 2/2010 telah diadakan pada 5hb Feb yang lalu bertempat di rumah Tn Pengerusi pukul 9.00 malam.

Mesyuarat telah memutuskan bahawa kutipan bulanan sebanyak RM20 akan mula dikutip mulai Mac 2010.

Agen Kutipan :

Blok Ganjil No 1 hingga 35 - Brader Nizam Posmen ( Rumah No.23 )
Blok Ganjil No 37 hingga 65 - Abang Rusli Bomba ( Rumah No.47 )
Blok Genap No 2 hingga 22 - Abang Ali ( Rumah No.6 )
Blok Genap No 24 hingga 50 - Abang Redzwan ( Rumah No.24 )
Blok Genap No 52 hingga 66 - Tn Pengerusi ( Rumah No.60 )

Tempoh Bayaran : Mulai 1hb hingga 10hb setiap bulan (Serah sendiri ke rumah Agen)
Sekiranya bayaran tidak dibuat selepas 10hb, agen akan bertandang
ke rumah anda.

Sukacita dimaklumkan kutipan ini adalah untuk kos pembinaan pondok pengawal dengan pagar keselamatan dan kos upah pengawal keselamatan. Baki (sekiranya ada) akan digunakan untuk program taman yang lain.

Diharap semua warga taman samada penduduk tetap mahupun menyewa dapat memberi komitmen penuh terhadap semua program taman yang dijalankan demi kebaikan semua warga taman.

3 comments:

daddy cool said...

saya setuju sangat la kutipan ini demi menjaga keamanan dan kemakmuran taman meru makmur 2 ni... harap2 nya akan datang akan lebih makmurrrrrrrrrrrrr la taman kita.. amin

Anonymous said...

lawa..lawa..lawa...design blog cantek..tapi nama taman x penuh la bro..boleh adjust ka?

Anonymous said...

dh kutip jgn lupa bagi aku pulak - rosli bendahari