Monday, February 22, 2010

XTVX

Salam semua...

Nak jadikan cerita... pagi ahad 21 Feb 2010. Tengah syok2 aku jogging dekat kawasan jajahan TMM2, aku disapa oleh Deen.. aku ingat apelah hal seriusnya muka dia waktu tuh.. rupanya dimaklumkan pengerusi kita dah tanya team2 ajk sukan tuk adakan sedikit aktiviti beriadah/sukan/sukaneka setaman..

alhamdulillah, lepas aku habiskan seround larian. aku, deen, asura dgn brader umah no 17 kot duk kat pondok dpn umah nizam posmen.. hmm dtg la lagi beberapa brader2 setaman yang lain.. Yang berbahagia Pak Ali pun ada sama.. tapi kes ni yang pentingnya ajk sukan dpt la berkumpul sama utk meriahkan agenda pebincangan yang diusulkan..

so dalam sejam gak kot duk ngobrol2 tuh dptlah hasilnya perbincangan tuh dalam beberapa perkara.. antaranya Tarikh sukaneka, Jenis sukaneka, Peralatan, Hal keselamatan, Hal makan, Hadiah dan mcm2 lagilah.. dtg idea pun dari 4-5 kepala teman setaman. so kalau nanti 5/3 ada meeting senator2 setaman sure lagi manyak itu idea.. so tunggu n lihat je la kan..

petang tuh ada gak aktiviti bermain takraw yang aku sendiri tak dpt hadiri. sedia maklum aku menghadiri majlis pengkebumian sepupu belah bini aku. so insyaallah akan dtg akan lebih bersemangat utk bersukan..

Dimaklumkan disini.. adalah digalakkan bagi setiap warga TMM2 untuk turut sama bersukan/bersenam hari sabtu,ahad pagi & petang. dimana pagi sabtu dan ahad tu bolehla kita jogging bersama. di sebelah petang pula bolehlah bertakraw atau bagi kaum hawanya dgn aktiviti selainnya..

Brosli sure ajak kita ke Setia alam. sana track siap sedia cun, anak2 pun boleh main kat taman permainan. tapi sblm mula yang jauh baik mulakan dari yang dekat. secara tidak langsugn dpt la kita lebih kenali atau isikan masa dgn ukhwah yang berkat.

Wassalam.. Hidup Sehat Masyarakat Hebat!...

5 comments:

brosli said...

My experience...

dulu aku ajk sukan kt ofis...dh plan baekkk punyer nk buat family day. Complete ler dgn tarikh , tempat dll aku punyer proposal tuh. ahli biro sukan dh setuju...dan aku pun propose kt presiden dalam meeting.

Tapi bila aku propose jer..ahli meeting yang lain mulalah menyibuk. Diorang start bagi cadangan merapu. Cadangan lokasi elok2 kat PD...dicadangkan sampai ke Pulau jerjak..oleh sbb terlalu byk cadangan..xde kata putus...sudahnya tahun tu xde pun family day.

brosli said...

apa yg aku cuba sampaikan ialah..

1. klu dh ada proposal tu...buat jer la..
2. cadangan org lain amik yg relevan jer..
3. jangan tangguh buat program hanya semata2 seorang dua yg x boleh join.

semoga menjadi kenyataan..gd luck.

waqzan said...

ini kali mesti jadi kenyataan.. mohon kerjasama semua ajk TMM2. lokasi kita dimulakan dgn taman kita sendiri. insyaallah akan dtg dilokasi yg lain..

Chon said...

Muhammad Faizal bin Abdullah @ Chon
No.15 TMM2
Repair @ Upgrade PC
Troubleshoot Internet (Modem Configuration)

Bolehla menghubungi saya...Repairing & Upgrading mengikut harga barang di pasaran.

Chon said...

Untuk pengetahuan...Pasal Family Day tu...atau aktiviti sukan saya mungkin xdapat join.Tapi tgk pada tarikh jugalah.Sebab ada komitmen lain pada hari Sabtu & Ahad...Kecuali cuti umum...

terima kasih.