Wednesday, February 17, 2010

kilije kosong..

Salam 1 malaysia kawan2..

Aku nk ucapkan " selamat tahun baru cina " dan nk iklankan sikit keja kosong kat UiTM.. so silalah layari web site http://www.uitm.edu.my cari kat job vacancy. kalau tak dpt gak kasi kol sama aku 03-55435783 atau 012 350 9804..

Thursday, February 11, 2010

info terkini...

Salam...

Adalah dengan ini, kepada penduduk2 TMM2 sekitar kawasan kejiranan rumah 45. dijemput sekiranya terdesak atau masa perlu utk menggunakan sesuatu peralatan, sebagai contohnya nk pinjam hammer atau apa2 je la yang nk dipinjam. sila lah datang kerumah.. jangan malu2 atau segan. kalau nak mintak tolong bergotong royong pun silalah jemput aku.. insyaallah kalau tiada aral melintang, dengan suka relanya aku dtg membantu.. kalau tak kasi tau mcm mane nak tau dan nak bantukan..

dan kalau memerlukan sedikit bahan masakan seperti daun pandan, daun kunyit, serai dan juga cili.. dan daun kari... silalah dtg mintak.. insyaallah ada.. boleh la buat masak.. kalau buat kenduri tu tak ckupla kan.. tanam pun bukan 1 ekar tapi 1 pasu jek.. hehehe... apepun silakan.. saling berukhwah.. wassalam

Wednesday, February 10, 2010

sejarah

Salam semua. Untuk makluman. sekiranya ada apa2 berita atau komen serta cadangan bolehlah ajukan atau masuk sendiri website blog TMM2 kita nih.. dan buatla cerita sendiri.

sempena perayaan Tahun Baru Cina nih, aku wase perlu ada tolak ansur dan saling ambil tahu antara kita. lebih-lebih lagi kalau ada jiran sebelah rumah atau depan rumah balik kampugn bercuti agak lama. kalau kita tak kemana-mana. harap2 kita tolong2 la jenguk2kan keadaan sekitar rumah dan kawasan sekelilingnya la kan.. kot2 terusya lain mcm jek cpt2 la kasi tau jiran lain atau hubungi je jiran kita tuh tanya apa2 sebarang kemuskilan yang ada..

Diharap saudara setiausaha a.k.a Mat Evo cepat2 edarkan senarai nama dan no talipon setiap rumah dan lebih cantik lagi kita boleh dapatkan gambo muka setiap ketua keluarga tuk dipaparkan dalam blog nih. bukan nk femes tapi utk mudah kenal.

dan akhir sekali aku wase. mohon kerjasama atau bantuan dari kawan2 semua. aku nk maklumat detail mengenai TMM2 ni. kalau ada gambo asal usul wujud taman kita nih. kiranya sejak di tambak tanah. kira senang citer sejarah la kan.. tarikh2 hari lahir kawasan TMM2 ni.. so best sikit kalau org len lawat laman nih..

so selamat bercuti di raya cina nih.. dan berhati2 dijalan raya.. mana yang tak bercuti tuh jgn dibiarkan gelanggang takraw ketandusan. kalau nk rasa libasan tuh sudi2lah turun minggu hadapan sabtu dan ahad petang 20 & 21 haribulan... wassalam

Monday, February 8, 2010

KUTIPAN RM20 BERMULA MAC 2010

Mesyuarat AJK Taman bil 2/2010 telah diadakan pada 5hb Feb yang lalu bertempat di rumah Tn Pengerusi pukul 9.00 malam.

Mesyuarat telah memutuskan bahawa kutipan bulanan sebanyak RM20 akan mula dikutip mulai Mac 2010.

Agen Kutipan :

Blok Ganjil No 1 hingga 35 - Brader Nizam Posmen ( Rumah No.23 )
Blok Ganjil No 37 hingga 65 - Abang Rusli Bomba ( Rumah No.47 )
Blok Genap No 2 hingga 22 - Abang Ali ( Rumah No.6 )
Blok Genap No 24 hingga 50 - Abang Redzwan ( Rumah No.24 )
Blok Genap No 52 hingga 66 - Tn Pengerusi ( Rumah No.60 )

Tempoh Bayaran : Mulai 1hb hingga 10hb setiap bulan (Serah sendiri ke rumah Agen)
Sekiranya bayaran tidak dibuat selepas 10hb, agen akan bertandang
ke rumah anda.

Sukacita dimaklumkan kutipan ini adalah untuk kos pembinaan pondok pengawal dengan pagar keselamatan dan kos upah pengawal keselamatan. Baki (sekiranya ada) akan digunakan untuk program taman yang lain.

Diharap semua warga taman samada penduduk tetap mahupun menyewa dapat memberi komitmen penuh terhadap semua program taman yang dijalankan demi kebaikan semua warga taman.

Giannya main takraw..wallawey!

Mana tak gian...punya la bersemangat nak main hari sabtu..tepat pukul 6ptg hujan selebat2 nya. Kelam kabut brader deen yang baru nk pasang net blah dengan kembar dia.

Hari Ahad cuaca amat baik. Pukul 6 ptg kelibat brader deen, bro nizam posmen, bro rosli bendahari dan tn pengerusi taman pun kelihatan. Sebelum diorang ni sampai...anak2 warga taman dah terlebih dulu conquer court main bola.

Lepas tu abang ali pun datang dengan lenggang kangkung. Rumah dekat la katakan..disusuli dengan brader misnon. Cukup korum..game pun start.

Regu bertukar ganti dengan kehadiran beberapa orang lagi warga taman memeriahkan suasana sama ada join main atau sekadar tengok.

Diorang berenti sebelum maghrib kedengaran. Yang pasti..main takraw petang tu memberi kepuasan kepada diorang..

Tuesday, February 2, 2010

Bulan baru & promosi laman blog

1 feb...sudah masuk bulan baru bagi tahun 2010. Bagi warga taman yg bekerja di KL dan Putrajaya pastinya mengambil peluang ini utk berehat kerana cuti Hari Wilayah.

Tidak banyak program pada hujung minggu lepas...melainkan acara wajib main takraw pada petang sabtu dan ahad.

Ahad pagi...nampak kelibat Brader Nizam posmen 'berjogging' keliling taman dengan anak kecil beliau sambil memasukkan risalah promosi blog taman kita ni ke dalam peti surat. Kalau dah namanya pun posmen...itu je lah kerjanya pun.

Tujuan Brader Nizam ni satu je....untuk memaklumkan kepada semua warga TMM2 supaya mereka tahu tentang wujudnya laman blog istimewa ini. Terima kasih kepada blogger Wak Jan atas inisiafif beliau.

Monday, January 25, 2010

Ukhwah...

Salam kembali

Sekembalinya aku a.k.a wak jan rumah no 45. untuk mengupdatekan blog taman meru makmur2 nih... sekembalinya aku dari Port Dickson pada ahad petang tuh, selain dari melepas rindu pada anak2 dan isteri, dah tentunya dendam sepak raga yg sekarang ni hanya dpt ditunaikan setiap petang sabtu dan ahad...

dalam jam 5.30 aku nampak dah si deen usya gelanggang kot2 dah ade org.. memang dah adat.. sebagai ajak sukan sure dia kene pantau aktiviti bersukan kat taman tuh kan.. so last2 deen gak la yang jemput net dan bola yg dah ada pada brader nizam a.k.a abg posmen.... aku sempatla tlg si deen pasang then sementara tunggu brader rosli bendahari dgn yg lain2 dtg.. aku dah siap2 timang2 menimang la kan.. sampailah brader mat son dtg... pergh itujam memang tak sabo dah nk melibas.. then dtg plak brader umah paling hujung (sori lupa nama)..

then bermulalah episod pertarungan.. so ni ade la sikit2 gambo utk aku updatekan tapi tak bolehla banyak2.. next time kita bubuh lagi k..
Add Image
aku a.k.a wak jan baju hitam adidas bersama brader Mat Som (serba putih) dgn brader umah no 66 (sori lupa nama)




Team Posmen (nizam baju kuning) dgn Deen (org bujang - berselipar) dgn brader umah 61 (sori lupa nama gak!)



Team kuat petang tuh, brader Rosli sbg tekong, Pengerusi a.k.a Ust sbg killer dan Nizam Posman sbg tukang angkat


Gaya killer kampung (deen) berselipar jepon kekekeke...

Ni plak antara penonton yang hadir, baju hitam (boy) anak brader tukang masak sementara yang bermisai lebat tuh Mat Evo a.k.a Setiausaha Taman a.k.a adik ipo aku la...

Selepas aktiviti memimang eh! silap, menimang serta melibas kilas tuh.. terpaksa dihentikan walhal tgh betul2 bersemangat tuh, tapi disebabkan hujan rahmat dah turun.. so baliklah kerumah masing2... so malam tuh seperti dijanjikan. aku bersama abg bomba dan mat evo meneruskan aktiviti bancian atau senang kata dtg kerumah2 wanted yang masih belum kasi maklum balas setuju atau tidak pemasangan pagar dan adakan pengawal keselamatan berbaya. dimana sebulah rumah perlu membayar RM20 sebulan untuk upah pengawal dan kalau ada duit lebih bolehlah dijadikan sbg duit khairat jika ade kematian ataumusibah serta if ada lebih gak.. boleh la dijadikan modal utk beli peralatan kenduri kendara.. contoh mcm periuk dan kuali besar.

dah penat update nih. harap2 sedara2 atau brader2 yang ade info tuh silakan lah update dgn nama pengguna dan kata kunci untuk login... kalau tak tau. dtg umah aku no 45. aku bagi dgn percuma. tapi tenet kene carila kan.. sapa ade wireles kongsi2 la ye.. wewewewe

sekian, next time sambung k